Thursday, October 4, 2012

Tips: He's Just Not That Into You


He’s Just Not That Into You????

Aku baru abes tengok movie tajuknya, He’s Just Not That Into You (2009). Its a very interesting movie, pelakon- pelakonnya pun memang yang glamer2 abes macam :- Ben Affleck,,Jennifer Aniston, Drew Barrymore, Jennifer Connelly, Scarlett Johansson, Justin Long dan etc. Its a romantic comedy film, but I think its more on the dramas of life, focusing on 4 different stories of relationship. Okeh malas nak review pasal cite nih panjang2, pada aku it's a good movie. 3.5/5. Memang cerita ni banyak cakap la kan sebab banyak sangat nasihat nak diberi. Kat sini aku ada snap a few parts which I really like it. Ni boleh di kira sebagai tips jugak untuk tahu sama that guy, he's into you or NOT!  so watch out!:-


1. “If a guy is treating you like he doesn’t give a shit, then he genuinely doesn’t give a shit. No exceptions.”
-part ni aku tak sempat nak snap picture. Ini part masa watak Alex nasihatkan Gigi. Maksudnya lebih kurang macam, kalau lelaki itu buat tak endah pada kau, that's mean dia memang tak endah pun, memang dia tak hingin pun nak ambil tahu pasal kau. So berhentilah berharap yer..



2. "If a guy wants to be with a girl he will make it happen, no matter what." 
- I really like this sentence. Kalau seorang lelaki betul- betul mahukan seseorang perempuan tu, he will fight for her till the end. No excuse, no lie. Hmmmm...well, no komen. (biasalah lelaki, sebelum dapat miliki, mulutnya memang manis. Ayat paling manis ditabur, lautan api sanggup direnangi lah bagai... Tapi akhirnya? seriously, for me, let's just don't trust guy's sweet words. its just full of sh*t. Unless he really serious and ready to marry you. If not, those promises are just words).




3. "If a guy wants to see you, believe me, he will see you".
-Simple. Kalau bermacam- macam alasan dia bagi, that's mean dia memang tak berminat pun untuk jumpa. Takyah lah nak tolong buat alasan untuk dia kononnnya dia memang busy lah, takde masa lah, blah blah blah... If you really meant something for him, he will make time for you. Tak perlu paksa.




4. Girls, please don't trust when a guy trying to dump you by using this line "you deserve better guy than me.."
-The hell?!! Aku paling tak suka bila lelaki guna ayat macam gini. "awak terlalu baik"... "awak layak untuk orang yg lebih baik...".. "beruntung siapa yang dapat awak.." . Seriously, what the hell??? Kenapa kau tak cakap jer  "sy yang terlalu baik... sy layak untuk dapat yang lebih baik... ada orang lain yang lebih layak untuk sy.." hahhhh, kan lagi senang kalau cakap jujur macam gitu? tak payah nak nampak macam konon kau pun terpaksa jugaklah, in fact you really want it to happen, kan!.. hmmmm chill moon, chill.. pehal plak aku nak emo? hehe... 


That's it. Cerita ni banyak buat aku berfikir. Kadang- kadang, segalanya dah jelas depan mata, tapi kita selalu pejamkan mata untuk menafikannya... kenapa? :)



Love is like a puzzle. When you're in love, all the pieces fit but when your heart gets broken, it takes a while to get everything back together.

Cakes a.k.a Kek-Kek

di tengah hari buta begini... dengan cuaca yang sekejap hujan, sekejap panas, tekak aku pula mulalah mengidamkan nak makan kek yang sedap-sedap... aisshhh.... menatap gambar cakes yang comel-comel, boleh buat diri terasa comel juga dengan hanya memandangnya. Apekah ini semua moon?



comey kan? tapi macam kek tipu. tapi aku tetap rase nak geget die jugak comey sangat.



aaaaa...tomeyyy jugak lagii... 


nih lebih kurang design kat bawah.. tapi dua-dua tetap cute.















 I love you too!



Satu soalan, kenapa gambar- gambar kek yang aku pilih semuanya pink yer? hmmm,..... okbai. http://www.emocutez.com 



Perempuan, Air Mata dan dot dot dot...

Perempuan dan air mata.
Dah macam suatu yang sinonim. Fitrah kejadian wanita, Allah ciptakan perempuan dengan jiwa yang lembut yang mudah terusik (amboi ayat tak tahan). Perempuan juga dilahirkan dengan 9 nafsu dan 1 akal, tapi nafsu bukanlah merujuk kepada nafsu seks semata- mata yer adek2.. Nafsu yang ini luas maksudnya, contohnya; perempuan suka bershopping atau a.k.a membazir, yelah kadang2 koleksi kasut pun dah penuh satu almari. Lagi perempuan ini kuat nafsunya kepada kecantikan. ada jerawat sebijik je pon naik, dah boleh jadi hot status kat facebook.. class ko nyah, glamer abess.. Dan nafsu wanita ini juga boleh merujuk kepada kepelbagaian emosi (huhh macam tak sesuai ayat, can't find the best word at the moment).. Sayer ulang suara, kepelbagaian emosi terhasil disebabkan pelbagai jenis hormon yang wujud dalam diri wanita. Hormon-hormon inilah yang selalunya memainkan peranan dalam membentuk emosi seseorang. Rasa special sangat kan jadi perempuan? :) , lelaki, ko hado?



Selalunya perempuan menangis disebabkan:-

1. Hatinya terusik oleh sesuatu perkara. Perkara tu boleh jadi sesuatu perkara besar sebesar ikan paus, atau kecil, sekecil kutu rambut. Kadang- kadang benda yang bagi lelaki tak masuk akal untuk buat perempuan menangis. Tapi itu kehebatan emosi perempuan, hatinya boleh senses sesuatu perkara sampai begitu deep dalamnya...

2. Tension. Bila kepala hotak dah serabut dengan bermacam- macam masalah, mulalah hatian jadi tidak keruan, then jalan terbaik untuk lepaskan tekanan itu, adalah menangis. Ya, ianya agak membantu bagi perempuan tau.. Sebab biasanya lepas menangis, otak yang serabut tu dah boleh berfikir dengan rasional balik.

3.  Kepenatan yang melampau. Bila badan dah terlalu letih, otak pon jadi jem kejap, nak tidur plak tak boleh sebab kerjanya banyak lagi... dan akhirnya menangis adalah caranya untuk luahkan emosi yg penat itu... (Aku sendiri pernah menulis conference paper pukul 3,4pagi sambil menangis2.. sebab otak kepenatan untuk terus berfikir, dan pressure nak siapkan untuk submit esoknya! so penat+tension= nangis.. huhuu.. equation dr. munira).

4. Boring. Maybe this might sound silly, but it's true. Sometimes, bila kita terlalu boring, tiada apa untuk dibuat, tiada kawan untuk berbual, otak kosong, jiwa kosong, then masa inilah perempuan mula bermain perasaan sorang2. Mulalah dia mula memikirkan perkara- perkara yg tak sepatutnya difikirkan, dan setan pulak giat membisik- bisik perkara yang membuatkan kita terus hanyut dengan perasaan... (nasihat aku, untuk diri sendiri jugak, bila mula terasa perasaan macam gini, cepat-cepatlah ambil wudhuk. Mohon Allah pelihara kita dari berkhayal ke dalam perasaan yang tidak perlu).

Pada aku, tak salah pun untuk menangis. Kalau hati sedang bersedih, fikiran berkecamuk, otak dah tak tahu nak buat, then kalau dengan cara menangis itu dapat menukarkan emosi- emosi negatif itu kepada air mata untuk diluahkan, maybe itu adalah lebih baik.. Ya lebih baik daripada mengamuk pada orang lain, lebih baik daripada menbunuh kucing semata-mata untuk lepaskan perasaan itu.. Kalau menangis boleh menjadi medium meluahkan perasaan kita, why not?



Kalau rasa nak menangis, menangislah puas-puas. Tak perlu rasa malu atau lemah diri. Tapi dalam dok melayan perasaan tu, janganlah kita sampai lupa pada segala nikmat yang Allah anugerahkan pada kita. Jangan disebabkan satu perkara yang buat kita sedih dan kecewa, kita terus terlupa akan nikmat- nikmat Allah yang lain.. Ohh ya,lupakah kita, ujian yang kita lalui itu sendiri sebenarnya merupakan suatu nikmat dari Allah, dan sebagai suatu tanda kasih- sayang dari Dia?

ketika allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. dalam hadith kudsi Allah swt berfirman, “pergilah pada hambaku lalu timpakanlah ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya”. 
(HR Thabarani dari Abu Umamah).

Jadi jika perlu menangis, nangislah sepuas- puasnya, dan dalam tangisan itu mengadulah pada Allah sepuas- puasnya. Kerana dari Allah turunnya ujian, maka dari Allah juga turunnya penawar. 




Where there's up and down in life, I always reminds myself about this.:-


Tuesday, October 2, 2012

Sometimes in our life....

Sometimes God places obstacles in our way
that we do not want to deal with
but we need to stay strong and find a new path
and continue on this journey.
Even when it hurts like hell,
talk to your Lord, feel His peace in your heart and soul..
and know that He will see you through anything.
Thank You God for always being there and loving me.  




-have faith-


Monday, October 1, 2012

Di Dalam Hati Manusia

Tadi meng-google pasal seorang tokoh ilmuan islam ni sebab tertarik bila terbaca kata- kata beliau yang orang post di facebook. After a few searches, I found this interesting wisdom by him. semoga bermanfaat untuk dikongsi. :)



Imam Ibnu Qayyim Al- Jauzi berkata :

1) Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

2) Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.

3) Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.

4) Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5) Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemui Allah SWT.

6) Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.                      

Beristiqomah dengan berzikir kepada Allah SWT adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . .
 (source)

Indeed. Kata- kata beliau memang benar bukan?. Hati manusia akan sentiasa berbolak- balik, dan penawarnya hanya satu, iaitu Allah...  

http://www.emocutez.com