Showing posts with label faith. Show all posts
Showing posts with label faith. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

The Best Feeling is Grateful


Do you know what could have make you feel so alive and grateful?

When you realized even after so many sins you've committed,
but Allah couldn't stop give you blessings,
again and again..

It's feel like He couldn't just let you go for whatever reasons.

...and I, couldn't hope for more than His blessings...

Thank you Allah..

=')


Love,
Munira.


Waking up in the morning with this feeling everyday will definitely help me get through the hectic day with faith and a smile along the way...


Sunday, March 10, 2013

Cinta, Rumahtangga, dan Syurga.


Ever wonder, kenapa CINTA diciptakan?

Dahulu, aku sendiri pernah rasa benci dengan perasaan cinta itu. Aku pernah mohon kepada Allah supaya tutup hati aku daripada mencintai lelaki, sebab aku hanya ingin mencintai Allah, Rasulullah, keluargaku, sahabat2ku. Bila ingat balik semua ini, Astaghfirullah al-azim... jahilnya aku, daifnya ilmu aku... terlupakah aku, semua yang Allah ciptakan dan jadikan semua ada sebabnya..

Tidak Allah jadikan cinta untuk melukakan hati manusia, melainkan cinta dan perasaan itu juga adalah sebuah ujian.. Ujian yang Allah turunkan untuk melihat sejauh mana kita mampu mengawalnya.

dan setiap perbuatan, akan ada ganjaran atau hukuman untuknya..

Malam 8 Mac lepas, berkesempatan ke ceramah ustaz Pahrol Mohamad Juoi dengan ustazah Ummu Maudah Ali, ceramah berkaitan cinta, rumahtangga dan syurga. Memang menarik isu yang dikupaskan. Disini aku ulaskan antara perkara asas tentang cinta yang pada aku amat penting untuk difahami.. semoga bermanfaat, Insya Allah..

Penciptaan Cinta

Penciptaan cinta, adalah berbalik kepada tujuan awal penciptaan manusia. Allah ciptakan manusia dengan dua tujuan; (1) untuk menjadi hamba Allah, (2) menjadi Khalifah di bumi. 

Kata Ustaz Pahrol, dahulunya Allah telah menawarkan gunung- ganang, langit dan bumi untuk menjadi Khalifah dibumi, tapi semuanya menolak kerana tanggungjawab sebagai Khalifah terlalu berat. Tapi pada waktu itu manusia bangkit mahu menggalas tanggungjawab sebagai khalifah. Manusia, hamba Allah yang lemah, jahil dan zalim ini jugalah yang sanggup menjadi khalifah untuk diuji di bumi. 


"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yg ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakkan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat jahil".
Surah Al Ahzab Ayat 72.

Ibnu Abbas berkata :"Yang dimaksudkan dengan amanah dalam ayat di atas ialah taat (kepatuhan). Allah s.w.t telah tawarkan amanah tersebut kepada langit, bumi dan gunung-ganang sebelum ia ditawarkan kepada Nabi Adam a.s. Allah berfirman kepada Adam a.s: “Wahai Adam, sesungguhnya Aku telah tawarkan amanah ini kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka tidak mampu memikulnya, maka adakah engkau mahu mengambil apa yang terkandung di dalam amanah itu?”. Nabi Adam a.s bertanya: "Wahai Tuhanku, apakah kandungan amanah itu?" Allah s.w.t menjawab: "Sekiranya engkau berbuat ihsan nescaya engkau akan diberi ganjaran, dan sekiranya engkau berbuat jahat nescaya engkau akan dihukum." Lalu Nabi Adam pun mengambil amanah tersebut dan memikulnya. (sumber). 

Oleh kerana amanah ini sememangnya berat, maka Allah yang maha pengasih dan maha penyayang mahu meringankan amanah yang berat ini dengan cara minta manusia memikul amanah ini secara bersama. Kerana itu Allah menciptakan manusia secara coexistence, iaitu wujud secara bersama.

Itulah fitrah manusia, sentiasa memerlukan manusia yang lain. Dan berasaskan dari entiti yang kecil bermula daripada sebuah rumahtangga, terciptalah sebuah keluarga dan membentuk masyarakat dan sebuah negara. 

Hakikat inilah menerangkan bahawa cinta telah Allah wujudkan bagi mempermudahkan tujuan melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Apabila sepasang suami isteri membentuk sebuah keluarga, umpama sayap kanan dan sayap kiri yang bersama untuk terbang membawa amanah ini. Tanggungjawab yang berat ini akan terasa lebih ringan apabila suami dibantu oleh isteri, dan isteri dibantu oleh suami. Dan dari sini juga kita perlu sedar bahawa;


Cinta bukan tujuan, tapi cinta hanya jalan. 

Cinta bukan matlamat, tapi cinta hanya alat. 


kerana tujuan kita adalah keredhaan Allah, dan matlamat kita adalah syurga, insya Allah.

Mungkin dari sini kita boleh rumuskan, bahawa binalah rumahtangga kerana Allah. Dengan cara niatkan perkahwinan itu untuk mempermudahakan usaha dalam melaksanakan amanah sebagai hamba Allah dan KhalifahNya, bukan kerana cinta kepada makhluk semata- mata. Kerana perkahwinan kerana cinta semata- mata belum tentu mampu bertahan andai dilanda badai dan masalah... Tapi jika pada dasarnya berkahwin itu kerana Allah, walau apapun yang akan berlaku di kemudian hari, InsyaAllah kita mampu hadapinya.. kerana hati manusia sentiasa berbolak- balik, dan pengawalnya hanya Allah s.w.t...




"Apabila dua hati mencintai yg SATU, pasti hati-hati itu akan bersatu." 
(Ustz Pahrol Md Juoi)



Cinta itu adalah jalan untuk sesebuah rumahtangga menuju syurga Allah (BaitiJannati) .. Binalah cinta dalam keluarga berasaskan iman dan syariat (BaitulMuslim)... InyaAllah dapat melahirkan keluarga yg sakinah, mawaddah dan rahmah...

Thursday, November 15, 2012

I am no Good .


yeah I know I'm no good.
I am just a human that full of sins.
If you think I'm trying to be good, guess you were wrong.
I'd never trying to be good. and I'm not even trying to act good.

But one thing for sure,
I am trying to be a better person than I used to be.
I am trying to be a better daughter for my parents.
I am trying to be a better friend for my darlings (friends, family, relatives, people )
and the most of all, a better servant to Allah The Almighty...

cuz I know death will soon come over me,
thus with my whole heart
I'm seeking for Allah's forgiveness, for all my sins that I've committed in my entire life.
I'm wishing to live a blessed dunya life,
and I pray that God will bless me with a good ending of Khusnul Khotimah,
and of course, I pray for a good akhirat life.
Insyallah.

Although I know I don't deserve that,
but still, that's my wishes as a Muslim, and I'm yearning for it.
Again, Insyallah.
Aamiinn.

Sincerely Allah's servant,
Munira.


Saturday, November 3, 2012

This is Dunya


This is dunya. Dunya. Not a place of ease. Only glitter.
The place where you have to feel cold and hungry.
The place where you have to worry and feel scared.
The place where it gets cold.
So cold, sometimes.
The place where you have to leave the people you love.
Where you can’t get attached, because even if you do, it doesn’t make it stay, it just makes it hurt when it doesn’t.
The place where happiness and sadness are only players, waiting for their next line in a play…












This is my favourite lines from "I Prayed for Peace Today" by Yasmin Mogahed.


Tuesday, October 2, 2012

Sometimes in our life....

Sometimes God places obstacles in our way
that we do not want to deal with
but we need to stay strong and find a new path
and continue on this journey.
Even when it hurts like hell,
talk to your Lord, feel His peace in your heart and soul..
and know that He will see you through anything.
Thank You God for always being there and loving me.  




-have faith-