Tuesday, October 16, 2012

Ayam Pecal punye pasal

Assalamualaikum w.b.t. :)

Nak berkongsi cerita pasal petang tadi. Aku yakin, semua orang pernah mengalami hal macam gini. Hal yang sangat simple, dan remeh, tapi membawa maksud yg mendalam kalau kita bukakan fikiran untuk berfikir sejenak.. Okeh macam gini ceritanya, pukul 6.30 ptg, aku pun dah siap2 bergegas keluar dari ofis. Dari tengah hari memang dah terbayang ohhh sedappnyer kalau dapat buka puasa dengan Nasi Pecal Ayam makcik yg jual kat luar pagar luar USM tu.. terbayang ayam yang berkerak rangup, dan paling mantap surelah dia punya sambal pecal tu. mmg tip top meletop! nasi pecal ayam yg jual dlm usm mmg takleh nak challenge lah makcik tu punya. makcik punya?? erkkk punya pecal ayam okeh..


Sambil driving, macam biasa, aku memang enjoy gila pandang langit. Tengok awan2 buat bentuk apa pulak hari ni. Sambil tersenyum melihat keindahan Allah swt. Subhanallah, setiap hari sentiasa cantik langit Ilahi ini.. (langit ilahi, teringat website Hilal Asyraf pulak tiba2.. promote jap.. http://langitilahi.com/). 


Okeh bila sampai je kat gerai makcik yg jual nasi pecal ayam tu, memang hati terujalah bila nampak orang ramai dok kerumun nak beli makanan. Aku pun cepat-cepat menyelit nak ambil order. Tiba- tiba mata aku terpandang kepak ayam kat dalam tray yg disediakan tu. Mak oii~ memang menyelerakan betul! Ak memang dah target nak kepak ayam tu, so dengan sabarnya aku tunggulah giliran aku kan, (sambil mata memang tak lepas pandang kepak ayam tu je). Then makcik tu tanyalah pada dorang yg datang sebelum aku tu, "yer nak apa?", pastu budak tu jawab "pecal ayam. nak kepak eh". makcik tu pun "bolehh..." tupppp makcik tu ambil kepak ayam aku target tu.  Hancur luluh hati aku bila tengok kepak ayam aku dicuri... Ohhh noo...   lepas makcik tu ambil kepak ayam yang itu, terselaklah ada lagi satu bahagian kepak yang lebih besar kat bawahnya. Hati aku macam dah macam berbunga- bunga kembali..hati bermonolog "yeah! masih ada harapan!" Aku pun mulalah target nak bahagian ayam tu. Then lepas selesai dengan budak, makcik tu tanya orang yang seterusnya nak bahagian apa, budak tu pon jawab "dada".... fuhhh selamat. Aku dah risau dah kalau kepak ayam kena curi lagi. Tak sanggup nak kecewa  lagi sebab hati dah berharap sangat. Maklumlaahh...orang puasa memang ngidamnya lain macam bila nak masuk berbuka kan. *gedik. 


Lepas settle 2,3 orang beli. Tibalah giliran seorang ini yang awal sebelum aku. Aku memang dah tak sabar dah masa nih sebab turn aku bakal menjelma. Then makcik nih tanyalah nak bahagian apa, budak tu pun jawab "dada". Makcik tu pun guna penyepit makanan, selak2 ayam-ayam dalam tray tu nak cari bahagian dada. Masa makcik tu tengah dok mencari, tiba- tiba budak tu cakap "takpelah cik, nak kepak jelah". I was like, "ohhhh tidaaakkkk~~". Nampaknya budak tu pun tak tahan tengok kepak ayam yg besar yang aku tengah aimed tu. http://www.emocutez.comhuwaaaa... T_T  masa tu memang aku kecewalah lagi untuk kali kedua. serius kecewa, entah apsal poyo sangat. Rasa macam jantung tersentap jap. Aku siap sempat berfikir "apa kata aku rayu kat budak nih.. awakk... boleh tak sy nak ayam tu? sy nih puasa, nakk sangat berbuka dgn kepak ayam tu..plsss.. sambil buat mata bersinar2"... Tiba-tiba otak bahagian lain plak menjawab "ko tak payah nak mengade sangatlah moon. lempang kang...". Okeh... aku pun redha dan pasrah. Hati pulak berbisik, "takpelah.. redha k.. mungkin bukan rezeki aku hari ini untuk makan kepak.. Takpe, Allah lebih tahu ape yg terbaik untuk aku hari ni.. senyum ye :) ! " serius memang hati bermonolog macam tu.

Lepas aku dah ikhlaskan hati untuk redha, tibalah giliran aku pulak untuk order. Makcik tu pun tanya, "ye dik, nak apa?" aku jawab, "pecal ayam ea. ermmmhh nak kepak". Aku macam separuh hati je bila sebut "nak kepak". Sebab aku dah tak nampak pun bahagian kepak dalam tray tu, so aku berserah pada takdir if memang bahagian still ada atau tak. *serius berserah pada takdir macam ombak rindu gituu.. Dengan pasrah, mata aku pun menyorot ke dalam tray, tengok macik tu dok selak2 ketul-ketul ayam mencari bahagian kepak. Tiba- tiba JEng JeNg JenG~~~~ http://www.emocutez.com Peyepit makcik mula terjumpa bahagian kepak ayamlah! dan dan dan kepak tu bapak punya besar dari yg sebelum2 ni! mantappp abeslah! mata aku bersinar2, hati berbunga2, dan aku rase mcm nak melompat2 kegembiraan jek! haha. *okeh sorry, terlalu hyperbola sangat ayatnya.. Tapi macam gitulah perasaannya saat itu. Aku pun tersenyum sambil dalam hati, "Alhamdulillah... Terima kasih Allah.."


hahhh begitulah ceritanya... Panjang lebar aku taip, tapi mesej sikit jer but still for me, its really meant something. Mesej yg aku nak kongsikan adalah, kadang- kadang kita terlalu berharap sesuatu tu menjadi milik kita. Letak harapan terlalu tinggi, then bila apa yg kita inginkan tak kesampaian, mulalah hati remuk, kecewa. Sampai kita lupa, yg hal2 rezeki, jodoh, dan etc. semua telah Allah tentukan untuk kita. Tak perlu ragu, tak perlu risau, tak perlu kecewa bila apa yang kita inginkan tak dapat kita miliki, sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. macam cite ayam aku nih, lepas aku redha pada keputusan Allah, tup2~ sekali Allah bagi kepak ayam yg jauh lebih besar dan lebih mengiurkan daripada yang sebelum2nya.. tapi dengan syarat, selepas hati betul2 redha dan tawakal pada Allah. :)   ohh Allah you're so sweet!!~~

10 comments:

  1. sekiranya kita redha dan bersabar, pasti ayam kepak yanglebih besar menjadi milik kita =P huhuhu comel je entri ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. terima kasih Tracey. :) life is about having patience and faith.

      Delete
  2. patut kena tunjuk sket gambar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu Ma, tak sempat nak ambil gambar lah. sebab terus melantak bila berbuka! heehhe...

      Delete
  3. hahaha.. nyummy2..kepak..my peberet too..!
    poskan moon ayam pecal ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. takleh! nanti kang kte berebut lak! hehehe.. :)

      Delete
    2. haip! jgn berebut ...kene redha , kalau tak dpt..:)

      Delete
    3. haha..baikk.. maaappp sy bley terlupa pasal itu. aisshh.. hehe.. :)

      Delete
  4. nak redha tue bukan senang... kalo aku mau melalak depan makcik tue..SAYA NAK KEPAK~~!! hehhe... berlakon boleh la~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa..... aku dah agak dah. kalau ko miza, mmg dh buat drama kt depan makcik tu kn. haha

      Delete