Tuesday, November 13, 2012

day 4: Forever Alone ker?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni kiranya hari ke-4 aku tinggal berseorangan di bilik. Operasi memerap diri di bilik selama 4 hari diiktiraf berjaya! huhuu... 

Entah apa yang nak dikira berjayanya pun aku pun tak tahulah kan.. -__-

Roomate aku balik kampung dari hari jumaat lagi lepas. Maklumlah minggu ni sepatutnya minggu cuti sem di USM. Tapi disebabkan aku ni belajar sambil bekerja sebagai R.A (research assistant) utk supervisor aku, so aku takdelah nak cuti2 sem ni yer.. Kena cuti rasmi, barulah boleh balik kampung.

Apa- apa pun aku sangat bersyukur pd Allah sebab bagi aku peluang bekerja sambil belajar.  Bekerja yang tak rase mcm bekerja, cuz  byk free time, time sangat flexible, takde kena follow office hour ke ape, aku just kena study and siapkan thesis aku jer! tapi gaji masuk bulan2, isn't life is so great! :) yup, so much to say, Thanks so much Allah.. and thanks to my supervisor for the opportunity.

So lepas roomate aku balik kg, then kawan baik aku yg selalu lepak ngan aku lak dia kena pergi China for a conference, seminggu lak tu. Tu yang kesepian 4 hari ni. huhu.. actually takdelah sepi mana pun sebenarnya. Sebab aku rasa walaupun 4hari dok sorang2, aku rasa jadual aku sungguh padat sekali (huhh padatlah sangat)..

Hari sabtu aritu teman member pergi wedding bff dia, seyes memang wat muka tebal jelah cuz pergi wedding  orang yg tak dikenali, tapi kawan aku dah mintak izik dari owner majlis utk bawak aku ke majlis, so tak haram lah kan. hehe.. then blk ptg, sambung berehat sorang2 dibilik.

Then hari ahad ada member lain lak ajak keluar pergi queensbay. Aku dengan merendah diri cakap, "alamak.. sorry ea.. aku tak dapat keluar, aku kena siapkan kerjalah hari ni.. sorry,". Memang setiap hari cita- cita yg aku pasang memang elok.. tapi tup2, tengok2 jam dah pukul 12 malam dah, tapi aku tak buat kerja apa lagi. Sedar tak sedar, dah 3 movie aku habis layan kat youtube.. (memang takleh pakai ko ni moon..)

Bila hari isnin pulak, sepatutnya aku pergi office lah kan, officemate pun dah tanya, tak datang office ker? Entah kenapa still rasa malas untuk keluar dari bilik nih. Aku beritahu dorang yang hari ni aku tak masuk office, nak buat kerja kat bilik jer.. tengok2 masa berlalu sampai petang, dan bila malam aku keluar makan dengan member, balik dah malam sampai bilik pengsan membuta..

Dan hari ni SELASA, yeah its deepavali! its holiday! :) semua orang rasanya ada plan masing2 untuk keluar dengan family, kawan2 or dating ke kan.. Tapi akuu.. erkkk berseorangan kat bilik lagi. -_-"  ada lagi sorang  kawan pagi2 lagi dah sms ajak lepak rumah sewa dia, lepak2 tengok tv. This time pun aku terpaksa tolak, aku  minta maap cakap tak boleh dtg, sebab aku cakap aku nak siapkan kerja. Memang setiap hari niat aku memang mulialah kan.. Then tengah hari pulak, lagi sorang member sms ajak kua lunch same dengan kawan dia. And again. aku tolak jugak, sebab aku kata nak buat kerja...

Am I choosing to be FOREVER ALONE is it???.... Hmmmm... bukannya aku nih anti- sosial ker ape. I know when I want to socialize and when I want to be alone. "Alone".. perkataan tu sememangnya memang dah sangat sinonim dengan diri aku. So I don't feel anything about it.. If dulu, bila aku rasa lonely or those shit feelings, aku selalu harapkan ada orang utk temankan aku. Aku selalu nak expect orang itu untuk ada temankan aku. Memang bodoh sangat? Why am I supposed untuk bergantung pada orang? that was my biggest mistake... Tapi Insyallah aku dah tak nak ulang balik kesilapan yang sama.. 

Betul kata orang, kalau kita hanya bergantung pada Allah, kita akan rasa yang Allah itu sentiasa dekat, dan kita takkan rasa sunyi or rasa berseorangan. Yup, that how I feel now, (Alhamdulillah..)... Walaupun 4hari dah terperap sorang2 dalam bilik, tapi aku tak sedar masa berlalu dan aku tak rasa perasaan sunyi tu (okeh tipu. ade la rase sikit kan. hehe..) 

Rutin 4 hari ni, bangun tidur, solat, pastu tidur balik jap, mandi, pastu dah masuk zohor, solat, pastu turun tapau makanan dari cafe, balik bilik makan, layan internet pompang2 sana sini, wat kerja sikit2, pastu masuk solat asar lak, pastu sambung ngadap laptop lagi, bila badan letih gi baring kat katil jap or take nap (dem.. mmg tak elok tidur lepas asar).. bangun mandi, then masuk solat maghrib, mengaji sambil terus tunggu isyak terus. Lepas isyak siap2 untuk pergi cari dinner plak. Balik bilik sambung ngadap laptop, then pukul 2,3 macam tu tidur. Then esoknya ulang balik benda yg sama. Macam tu kira forever alone ker? 

hhhhmmmm.. but I really don't feel alone, cuz I know Allah is forever with me through all the times..



p/s: ...ini bila mood untuk bersendiri datanglah kan.. if not I'm still an out- going person. :)

1 comment: