Wednesday, October 31, 2012

Hajat Hati



Ya Tuhan,

sebelum Kau ambil nyawa kami,

izinkanlah kami untuk melihat Kaabah-Mu terlebih dahulu...

meski kami sedar, diri penuh noda ini tak layak untuk menjejakkan kaki ke tempat suci- Mu..

namun ,kami akan terus berdoa moga Kau makbulkan hajat kami...

Ampunkanlah kami, dan izinkanlah kami ke sana, Ya Rabbal Alamin...

Ampunkanlah, dan izinkanlah....






Monday, October 29, 2012

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni aku nak share gambar2 yg aku snap masa dalam perjalanan dari Kelantan ke Penang semalam. Dari kecik memang aku dibesarkan dalam keadaan yg selalu travel semenanjung Malaysia. Semua negeri dalam semenanjung nih dah khatam. hehe, cuma Sabah & Sarawak jer tak lepas lagi ke sana.

Kalau dulu masa aku tinggal kat jb (dari kecik sampai umur aku 21tahun), selalu ulang- balik ke kampung di Kelantan. Then bila aku belajar di Penang, dok ulang- alik dari selatan ke utara pulak. Masa tengah belajar di Penang, family pindah ke Kelantan, so aku dok main highway barat- timur pula. Kawasan pantai  barat, macam KL, memang dari semua arah ( selatan, timur, utara) aku selalu gak ulang- alik ke kl. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk aku melihat macam- macam keindahan alam sepanjang perjalanan kehidupan aku. And I'm really into the nature. 

Kat sini aku nak kongsikan antara tempat yang paling aku suka, yang selalu aku lalu bila dalam perjalanan Penang - Kelantan. Perjalanan ni melalui lebuhraya Gerik (Perak) - Jeli (Kelantan). Subhanallah, pemandangan kat sini memang sangat2 awesome.  Walaupun jalan bersimpang- siuh, corner memang berliku- liku, naik turun bukit, tapi sepanjang melalui kawasan banjaran Titiwangsa ni, rasa loya mabuk memang tu memang rasa berbaloi bila tengok dan hayati keindahan alam... (ni bagi aku lah, tak tahulah bagi orang lain yg dah taubat tak nak lalu lagi kawasan ni). hehe.. Tolong jangan imagine lebuhraya ke Timur tu macam highways utara- selatan yer... same sekali tidak.. lebuhrayanya 2 lanes tanpa divider tengah. Dengan keadaan jalan yang bersimpang siuh, berliku sana sini, memang mencabar gituu...

gambar jalanraya Gerik- Jeli. (yang ini bukan aku snap, aku ambil kt google).



Gamba- gambarnya berikutnya di snap oleh aku. :). ohh yer, semua gambar diambil dari iphone4s sahajer.. jadi maaflah kalau kualiti kurang elok.



bermulanya perjalanan dari Pasir Mas, Kelantan seawal 6pagi.

masa ni dah pukul 7lebih dah, tapi masih berkabus, ni dah dalam kawasan Rantau Panjang.





Masa ni dah masuk kawasan yang dipanggil Hutan Belum a.k.a Royal Belum Rainforest, Gerik Perak. Gambar diambil masa melalui jambatan yang merentasi Pulau Banding. Pulau Banding terletak di Tasik Banding / Tasik Temenggor iaitu Empangan Temenggor di Lebuh raya Timur- Barat. Memang cunn abess pemandangan  bila lalui jambatan ni. Kita akan melalui jambatan gini sebanyak 2kali. Jambatan- jambatan ni yang menghubungkan tanah besar- Pulau Banding -tanah besar. Jadi kalau masa first round tertidur, masih ada peluang kedua untuk hayati alam yerr..






Inilah jambatannya. Gambar diambil masa aku dan family berhenti minum di Pulau Banding. 



Pemandangan Tasik Banding atau juga dikenali sebagai Tasik Temenggor. 




Perjalanan diteruskan melalui kawasan Banjaran Titiwangsa.

Ini adalah pemandangan dari Puncak Titiwangsa, masa ni berhenti di hentian Puncak. Dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut, tempat ni memang popular sebab view dari atas ni memang sangat- sangat cantik. 


Lepas dari tu aku dah kurang snap gambar sebab mata aku dah mengantuk. Aku tak ingat berapa lama perjalanan di kawasan ini sebab sepanjang perjalanan turun bukit, aku dah mula tidur sampailah sedar- sedar je dah kat tol Juru.hehe.. Kami sekeluarga bergerak dari rumah pukul 6am dan Alhamdulillah sampai Penang dalam pukul 10. 40am. 

Berjalan- jalan di  Penang beberapa jam, lepas tu family aku mula bergerak ke Johor pula.. Dorang cuma hantar aku ke Penang, Dorang nak pergi ke JB untuk uruskan rumah lama aku kat Pasir Gudang. Kesian dorang, sepanjang perjalan dari Penang ke Johor dorang tersangkut dalam jem yang teruk.. Dari pukul 2 tengahari, sampai pukul 5pagi baru sampai destinasi akhir Pasir Gudang. Imagine perjalanan dorang dari pukul 6pagi 28/10/2012, esoknya pukul 5pagi 29/10/2012 baru mereka sampai destinansi akhir. 24jam perjalanan keliling Malaysia. Memang sangat- sangat terharu dan bersyukur sebab Allah kurniakan keluarga yang sentiasa ada dan sanggup bersusah payah untuk aku. :'( 







p/s: after the feeling of Imaan, family is the most the precious gift in our life. Thanks you dear Allah s.w.t.. :') 

Tuesday, October 23, 2012

say HELL NO to Sentap & Touching!!

kalau nak survive dalam hidup,

kena belajar jangan cepat SENTAP, dan jangan mudah TOUCHING

pandai- pandailah kita kena jaga hati sendiri,

sebab orang lain takkan tolong jagakan untuk kita yer! (harap maklum!).

so lets be heart less, care less, be happy, stay smart and go on survive!

we can do it bebeh! 

http://www.emocutez.com


p/s: menasihati diri sendiri. yg sensitif supaya berubah. :)

Sunday, October 21, 2012

Mimpi Lagi. .

Assalamualaikum w.b.t..

hmm, hari ni bangun tidur badan terasa letih gila. Rasanya setiap hari pun rasa letih, yelah tidur lewat memanjang jek. Tapi biasanya yang buat letih sebab mimpi- mimpi aku tu.. Dari kecik aku selalu mimpi yang gila punyer adventure. terbang sana sini, berlari sana sini kena kejar ngan orang jahat, (dan macam biasa akulah superhero dalam mimpi aku). Yang geramnya aku larilah sejauh mana pun, sembunyilah kat mana pun, at the end mesti kena tangkap jugak. Tapi yang bestnya, tiap kali dah kena tangkap dengan orang jahat, sekelip mata aku boleh control mimpi aku untuk tukar situasi or keadaan masa tu. Thats mean aku tetap akan selamatlah. huhu. (hebat kan? ngehh3x..) 

Dulu aku pernah sembang pasal mimpi dengan member2, ada sorang member laki ni cakap "aku pernah sekali mimpi aku boleh terbang.. best gile rasenyer", dia berkata dengan penuh terjuga dan gembira. Erkk dalam hati cakap "aku selalu jek mimpi terbang- terbang nih.. ker aku yang tak normal? ..glurp... pastu lagi sorang plak cakap, "dulu aku pernah mimpi kena kejar dengan raksasa, lepas tu aku lari2 dan sembunyi dalam rumah orang. tapi ntah mcm mane raksasa tu jumpa aku dalam rumah tu.. aku punye takut giler! lepas tu aku doa2 banyak untuk tukar mimpi aku.. tulah first time aku dapat control mimpi aku..", dia pulak berkata dengan penuh lega.

Tiba- tiba aku bersuara, "eh bukan ker kita memang boleh control mimpi kite??" dorang plak wat muka hairan kat aku, like "hahhh??!".. erkk aku salah cakap ker? Seriously selama nih aku memang ingat, mimpi kita, kita yang kawal. Macam tulah aku fikir. I mean, bukan kita decide untuk mimpi apa, tapi maksud aku, kita boleh kawal plot jalan cerita mimpi tu, mungkin bukan 100%, tapi dalam 50% tu kita boleh kawal untuk selamatkan diri kita kalau dalam mimpi scary yang tak diingini.. Tapi sekarang baru aku paham yang tak semua orang boleh kawal mimpi dorang rupanya.. ohhh terasa spesel plak. hehe. :)

Kat bawah nih aku share kan maksud mimpi. Aku kurang percaya sangat maksud mimpi nih. Selalunya aku anggap semua itu mainan tidur jer.. Melainkan kalau mimpi tu selepas buat Isktiharah, atau lepas mimpi itu ada dapat macam gerak hati atau petunjuk dari Allah..  Apa-apa pun enjoy your dream, cuz its only a dream! :)


p/s:  mimpi yang paling best pernah aku mimpi adalah bila mimpi  melihat Kaabah. Pernah 2,3kali jugak. dan satu lagi mimpi berada dalam Masjidil- Haram, masa itu aku tengah berada dalam saf untuk solat. Bila aku sedar, rupanya tu mimpi, serius rasa sedih gila sebab aku betul- betul harap ianya realiti.. :'( takpe moga aku akan jadi tamu Allah suatu hari nanti Insyallah.. Aaminn..


MIMPI TERBANG ; Jika anda terbang dalam keadaan yang tenang dan menghayati keadaan sekeliling bermaksud anda berada dalam situasi yang terpenting. Anda telah bangkit kepada keadaan yang lebih baik. Anda memperoleh perspektif baru tentang sesuatu hal. Jika anda berkeupayaan mengawal penerbangan, ianya menunjukkan anda mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda.

Jika anda mempunyai masalah dalam penerbangan, bermaksud sebaliknya; tidak mempunyai kuasa mengawal kehidupan sendiri. Halangan seperti pokok, gunung dan sebagainya bermaksud banyak halangan dalam hidup anda sekarang ini. Anda perlu kenalpasti apa atau siapa yang menghalang anda daripada maju kehadapan didalam hidup. Kesukaran untuk terbang juga bermaksud anda kurang yakin atau keraguan dalam hidup anda. Anda perlu PERCAYA pada diri dan jangan takut. Jika anda takut ketika terbang, ianya bermaksud anda takut kepada cabaran. Mungkin anda belum lagi bersedia untuk langkah seterusnya.

Secara keseluruhan MIMPI TERBANG bermaksud kekuatan MINDA & KEINGINAN anda. Anda merasakan tiada siapa yang dapat menghalang segala usaha anda. Mimpi ini melahirkan rasa KEBEBASAN didalam diri untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup anda.

(sumber)


MIMPI BERLARI: Tekad & Motivasi diri anda didalam mencapai apa yang anda inginkan dalam hidup. Anda akan BERJAYA diantara orang yg berada disekeliling anda. Secara tidak lansung anda perlu membuat keputusan PANTAS didalam hidup!! 

(sumber)






Nikmat Itu .


Di dunia ada nikmat pasangan, pelayan, makanan, minuman, pemandangan, sungai-sungai, istana, kebun-kebun, pakaian serba mewah, haruman, perhiasan…….

Di syurga pun ada nikmat pasangan, pelayan, makanan, minuman, pemandangan, sungai-sungai, istana, kebun-kebun, pakaian serba mewah, haruman, perhiasan…….

Namun begitu di syurga tidak ada nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah. Nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah hanya ada di dunia. Sebab itulah para pencinta Allah dan Rasul-Nya berebut-rebut untuk mengecap nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah itu.

Namun bagi para pencinta dunia, di dunia ini mereka HANYA menyibukkan diri berjuang, berkorban dan bersusah-payah untuk pasangan (berkahwin/berumahtangga, pelayan (orang gaji/suruhan/pekerja), makanan, minuman, pemandangan (hiasan rumah dan melancong), sungai-sungai, rumah-rumah cantik lagi mewah, ladang-ladang, pakaiaan, haruman, perhiasan….. kata orang, berjuang bersungguh-sungguh untuk ‘perut’ dan ‘bawah perut’ tetapi meninggalkan berjuang bersungguh-sungguh untuk agama Allah.

Padahal segala nikmat-nikmat itu ada disediakan di dalam syurga, bahkan jauh lebih hebat. Bersabar sahajalah menantikannya. Dan sepatutnya di dunia ini kita mengejar nikmat-nikmat yang tidak terdapat di dalam syurga…… iaitu berjuang, berkorban dan bersusah-payah untuk Islam. Maka semestinyalah di dunia ini kita tidak gentar dan ragu-ragu untuk berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah.

Memakan buah rambutan yang diberi orang memang nikmat, tapi lebih nikmat lagi jika kita berusaha pergi ke pokoknya, memetiknya dengan tangan sendiri lalu memakannya.

Persoalan : Adakah kita termasuk dalam golongan para PEJUANG itu para PENCINTA DUNIA? 


:- Hati tersentuh bila terbaca post ini di malam hari begini. ya Allah, maafkan kami yang selalu leka dengan dunia fana ini. :'(