Sunday, October 21, 2012

Mimpi Lagi. .

Assalamualaikum w.b.t..

hmm, hari ni bangun tidur badan terasa letih gila. Rasanya setiap hari pun rasa letih, yelah tidur lewat memanjang jek. Tapi biasanya yang buat letih sebab mimpi- mimpi aku tu.. Dari kecik aku selalu mimpi yang gila punyer adventure. terbang sana sini, berlari sana sini kena kejar ngan orang jahat, (dan macam biasa akulah superhero dalam mimpi aku). Yang geramnya aku larilah sejauh mana pun, sembunyilah kat mana pun, at the end mesti kena tangkap jugak. Tapi yang bestnya, tiap kali dah kena tangkap dengan orang jahat, sekelip mata aku boleh control mimpi aku untuk tukar situasi or keadaan masa tu. Thats mean aku tetap akan selamatlah. huhu. (hebat kan? ngehh3x..) 

Dulu aku pernah sembang pasal mimpi dengan member2, ada sorang member laki ni cakap "aku pernah sekali mimpi aku boleh terbang.. best gile rasenyer", dia berkata dengan penuh terjuga dan gembira. Erkk dalam hati cakap "aku selalu jek mimpi terbang- terbang nih.. ker aku yang tak normal? ..glurp... pastu lagi sorang plak cakap, "dulu aku pernah mimpi kena kejar dengan raksasa, lepas tu aku lari2 dan sembunyi dalam rumah orang. tapi ntah mcm mane raksasa tu jumpa aku dalam rumah tu.. aku punye takut giler! lepas tu aku doa2 banyak untuk tukar mimpi aku.. tulah first time aku dapat control mimpi aku..", dia pulak berkata dengan penuh lega.

Tiba- tiba aku bersuara, "eh bukan ker kita memang boleh control mimpi kite??" dorang plak wat muka hairan kat aku, like "hahhh??!".. erkk aku salah cakap ker? Seriously selama nih aku memang ingat, mimpi kita, kita yang kawal. Macam tulah aku fikir. I mean, bukan kita decide untuk mimpi apa, tapi maksud aku, kita boleh kawal plot jalan cerita mimpi tu, mungkin bukan 100%, tapi dalam 50% tu kita boleh kawal untuk selamatkan diri kita kalau dalam mimpi scary yang tak diingini.. Tapi sekarang baru aku paham yang tak semua orang boleh kawal mimpi dorang rupanya.. ohhh terasa spesel plak. hehe. :)

Kat bawah nih aku share kan maksud mimpi. Aku kurang percaya sangat maksud mimpi nih. Selalunya aku anggap semua itu mainan tidur jer.. Melainkan kalau mimpi tu selepas buat Isktiharah, atau lepas mimpi itu ada dapat macam gerak hati atau petunjuk dari Allah..  Apa-apa pun enjoy your dream, cuz its only a dream! :)


p/s:  mimpi yang paling best pernah aku mimpi adalah bila mimpi  melihat Kaabah. Pernah 2,3kali jugak. dan satu lagi mimpi berada dalam Masjidil- Haram, masa itu aku tengah berada dalam saf untuk solat. Bila aku sedar, rupanya tu mimpi, serius rasa sedih gila sebab aku betul- betul harap ianya realiti.. :'( takpe moga aku akan jadi tamu Allah suatu hari nanti Insyallah.. Aaminn..


MIMPI TERBANG ; Jika anda terbang dalam keadaan yang tenang dan menghayati keadaan sekeliling bermaksud anda berada dalam situasi yang terpenting. Anda telah bangkit kepada keadaan yang lebih baik. Anda memperoleh perspektif baru tentang sesuatu hal. Jika anda berkeupayaan mengawal penerbangan, ianya menunjukkan anda mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda.

Jika anda mempunyai masalah dalam penerbangan, bermaksud sebaliknya; tidak mempunyai kuasa mengawal kehidupan sendiri. Halangan seperti pokok, gunung dan sebagainya bermaksud banyak halangan dalam hidup anda sekarang ini. Anda perlu kenalpasti apa atau siapa yang menghalang anda daripada maju kehadapan didalam hidup. Kesukaran untuk terbang juga bermaksud anda kurang yakin atau keraguan dalam hidup anda. Anda perlu PERCAYA pada diri dan jangan takut. Jika anda takut ketika terbang, ianya bermaksud anda takut kepada cabaran. Mungkin anda belum lagi bersedia untuk langkah seterusnya.

Secara keseluruhan MIMPI TERBANG bermaksud kekuatan MINDA & KEINGINAN anda. Anda merasakan tiada siapa yang dapat menghalang segala usaha anda. Mimpi ini melahirkan rasa KEBEBASAN didalam diri untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup anda.

(sumber)


MIMPI BERLARI: Tekad & Motivasi diri anda didalam mencapai apa yang anda inginkan dalam hidup. Anda akan BERJAYA diantara orang yg berada disekeliling anda. Secara tidak lansung anda perlu membuat keputusan PANTAS didalam hidup!! 

(sumber)






No comments:

Post a Comment