Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni aku nak share gambar2 yg aku snap masa dalam perjalanan dari Kelantan ke Penang semalam. Dari kecik memang aku dibesarkan dalam keadaan yg selalu travel semenanjung Malaysia. Semua negeri dalam semenanjung nih dah khatam. hehe, cuma Sabah & Sarawak jer tak lepas lagi ke sana.
Kalau dulu masa aku tinggal kat jb (dari kecik sampai umur aku 21tahun), selalu ulang- balik ke kampung di Kelantan. Then bila aku belajar di Penang, dok ulang- alik dari selatan ke utara pulak. Masa tengah belajar di Penang, family pindah ke Kelantan, so aku dok main highway barat- timur pula. Kawasan pantai barat, macam KL, memang dari semua arah ( selatan, timur, utara) aku selalu gak ulang- alik ke kl. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk aku melihat macam- macam keindahan alam sepanjang perjalanan kehidupan aku. And I'm really into the nature.
Kat sini aku nak kongsikan antara tempat yang paling aku suka, yang selalu aku lalu bila dalam perjalanan Penang - Kelantan. Perjalanan ni melalui lebuhraya Gerik (Perak) - Jeli (Kelantan). Subhanallah, pemandangan kat sini memang sangat2 awesome. Walaupun jalan bersimpang- siuh, corner memang berliku- liku, naik turun bukit, tapi sepanjang melalui kawasan banjaran Titiwangsa ni, rasa loya mabuk memang tu memang rasa berbaloi bila tengok dan hayati keindahan alam... (ni bagi aku lah, tak tahulah bagi orang lain yg dah taubat tak nak lalu lagi kawasan ni). hehe.. Tolong jangan imagine lebuhraya ke Timur tu macam highways utara- selatan yer... same sekali tidak.. lebuhrayanya 2 lanes tanpa divider tengah. Dengan keadaan jalan yang bersimpang siuh, berliku sana sini, memang mencabar gituu...
gambar jalanraya Gerik- Jeli. (yang ini bukan aku snap, aku ambil kt google).
Gamba- gambarnya berikutnya di snap oleh aku. :). ohh yer, semua gambar diambil dari iphone4s sahajer.. jadi maaflah kalau kualiti kurang elok.
bermulanya perjalanan dari Pasir Mas, Kelantan seawal 6pagi.
masa ni dah pukul 7lebih dah, tapi masih berkabus, ni dah dalam kawasan Rantau Panjang.
Masa ni dah masuk kawasan yang dipanggil Hutan Belum a.k.a Royal Belum Rainforest, Gerik Perak. Gambar diambil masa melalui jambatan yang merentasi Pulau Banding. Pulau Banding terletak di Tasik Banding / Tasik Temenggor iaitu Empangan Temenggor di Lebuh raya Timur- Barat. Memang cunn abess pemandangan bila lalui jambatan ni. Kita akan melalui jambatan gini sebanyak 2kali. Jambatan- jambatan ni yang menghubungkan tanah besar- Pulau Banding -tanah besar. Jadi kalau masa first round tertidur, masih ada peluang kedua untuk hayati alam yerr..
Inilah jambatannya. Gambar diambil masa aku dan family berhenti minum di Pulau Banding.
Pemandangan Tasik Banding atau juga dikenali sebagai Tasik Temenggor.
Perjalanan diteruskan melalui kawasan Banjaran Titiwangsa.
Ini adalah pemandangan dari Puncak Titiwangsa, masa ni berhenti di hentian Puncak. Dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut, tempat ni memang popular sebab view dari atas ni memang sangat- sangat cantik.
Lepas dari tu aku dah kurang snap gambar sebab mata aku dah mengantuk. Aku tak ingat berapa lama perjalanan di kawasan ini sebab sepanjang perjalanan turun bukit, aku dah mula tidur sampailah sedar- sedar je dah kat tol Juru.hehe.. Kami sekeluarga bergerak dari rumah pukul 6am dan Alhamdulillah sampai Penang dalam pukul 10. 40am.
Berjalan- jalan di Penang beberapa jam, lepas tu family aku mula bergerak ke Johor pula.. Dorang cuma hantar aku ke Penang, Dorang nak pergi ke JB untuk uruskan rumah lama aku kat Pasir Gudang. Kesian dorang, sepanjang perjalan dari Penang ke Johor dorang tersangkut dalam jem yang teruk.. Dari pukul 2 tengahari, sampai pukul 5pagi baru sampai destinasi akhir Pasir Gudang. Imagine perjalanan dorang dari pukul 6pagi 28/10/2012, esoknya pukul 5pagi 29/10/2012 baru mereka sampai destinansi akhir. 24jam perjalanan keliling Malaysia. Memang sangat- sangat terharu dan bersyukur sebab Allah kurniakan keluarga yang sentiasa ada dan sanggup bersusah payah untuk aku. :'(
p/s: after the feeling of Imaan, family is the most the precious gift in our life. Thanks you dear Allah s.w.t.. :')
kat puncak titiwangsa tu serius cantik, subhanallah =))
ReplyDeletesungguh indah kan pemandangan kat situ.. :))
ReplyDelete