Showing posts with label tawakal. Show all posts
Showing posts with label tawakal. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Tips: Wanita & Workshop?

Assalamualaikum w.b.t.

Since aku berseorangan di perantauan, tanpa keluarga disisi, kenalah pandai2 berdikari. Dah beberapa kali juga kena pergi workshop sorang2. Yer, pergi sorang2 dan selama ni pun memang ke bengkel sorang2 sepanjang di Penang nih. Kalau dekat rumah, memang aku langsung tak amek tahu pasal kereta, tahu guna jelah kan... Bila problem, abahlah kena settlekan. hehe.. Tapi bila sorang2 diri kat sini, kenalah pegang tanggungjawab sendiri.

Biasanya soalan yg akan orang tanya "Kenapa berani sangat perempuan pergi  workshop sorang2? kang kena tipu kang...". 

Masa pertama kali kereta aku buat hal pun dulu, parents aku yg jauh macam tak berapa nak lepaskan aku pergi workshop sorang2. "janganlah pergi sorang2.. ajaklah mana2 kawan. Kawan2 lelaki ker yg tahu pasal kereta."... Jawapan aku, "alah, takde apa2 lah.. malas nak kacau orang lain. ala, InsyaAllah takde pape." Ya, Alhamdulillah, setakat ini  rasanya everything smooth dan  tak ditipu (insyaAllah), bayaran yg aku kena pun average price berdasarkan aku tanya orang dan baca di internet.

Di sini aku kongsikan tips berdasarkan pengalaman setahun dua, menjaga kereta seorang diri. Sebelum pergi bengkel, ceritalah masalah kereta tu pada orang yg expert pasal kereta. Biasanya aku minta advise daripada abah dan along aku. 
1. Cerita problem kereta, 
2. tanya apa punca (kalau dorang tahu),
3. tanya apa kemungkinan masalah lain yg timbul daripada masalah tu, 
dan paling penting
4. anggaran harga! Supaya kita tahu average cost dan tak kena ketuk kaw2!
5.Kalau ada masa silalah buat reseach dulu, tapi kalau tak sempat teruslah pergi bengkel yer.

Then bila di bengkel, nanti mekanik mesti akan tanya apa problem kereta. bila dorang dah check2, then dorang akan beritahu masalahnya, dan anggaran kosnya. Biasanya lepas dorang tengah check satu masalah, kadang2 nanti mesti dorang akan dapat detect satu masalah lain pula. Bila mekanik tengah ceritakan masalah kereta tu, sila tanya in details, dan dengar dengan teliti! ini sangat penting utk elak daripada kena tipu! Biarlah kita sebenarnya tak paham haram kejadah apa dia cakap, tak tahu tentang bahagian2 dalam kereta yg dia sebut tu. Takpe, cuba dengar elok- elok, dan try tangkap words dan key point yg cuba disampaikan.

Contohnya, petang tadi aku kena pergi bengkel lagi, kali nih sebab minyak hitam aku kering, walhal sepatutnya 1000km lagi baru kena servis. Bila mekanik check, dia cakap ada leaking. Sebelum tu aku memang dah ceritakan masalah ini pada abah dan along, memang dorang ada cakap mungkin ada leaking. So masa mekanik tu cakap mcm tu, memang aku dah ready utk dengar punca itu. Then aku tanya, macam mana boleh leaking? berapa kos nya? Dia pun ceritalah kemungkinan2 puncanya, bla bla bla... memang serius aku tak paham langsung!. Tapi aku dapat tangkap words yg dia sebut mcm "oil seal gearbox", (aku siap minta dia ulang 2,3x word nih sebab aku tak paham apa dia sebut. uhuhhu.. tapi aku nak jugak tahu apa benda apa yg dia sebut tu), then dia cakap nak kena bukak enjin, bawak turun gearbox, bla bla bla... Dia cakap lagi, kos upah nak bukak dalaman dlm rm110, kos tuka oil seal gearbox dalam rm60. Tapi dia cakap takpe kalau aku taknak buat lagi semua tu sementara ni, dia akan servis minyak hitam je, cuma dia warning aku kena selalu check minyak hitam jangan sampai kering. Aku pun "ohh, ok. Kalau mcm tu sy taknak buat lagi." Sebabnya aku perlu masa utk minta pendapat advisor aku dulu & nak kena buat research dulu!

Masa inilah smartphone sgt berguna! Aku terus google, punca minyak hitam leaking. Baca dekat forum yg orang post, okeh, baru paham in details apa masalahnya. Kalau tadi aku langsung tak paham apa yg mekanik tu cakap, skrg baru aku paham apa benda yg dia sebut. Sekarang kan zaman semua dihujung jari, jadi rasanya tiada alasan untuk kita tidak cuba elak dari ditipu. (InsyaAllah...) 

Ya, jadi kepada yg kata membazirlah pakai phone mahal2 nih, cuba fikirkan balik. Pada yg kata "alah apa guna pakai phone mahal2..sama je mane2 phone.  janji dapat buat calling dan sms,cukuplah!.." no, its totally tak sama. Totally berbeza! Nowadays phone is not just for calls & SMS, its more than that. 

Berada di zaman sekarang nih, kita kena lebih panjang akal, kena lebih berani dan berdikari. Apa-apa pun kita kena persiapkan diri kita dengan ilmu, walaupun sedikit, sekurang- kurang ia dpt membantu diri kita daripada kena tipu ke ape2.. Dan lagi satu, berdikari. Ya, berdikari. Sebab kita tak boleh selamanya bergantung pada orang, especially pada lelaki. Cuba tunjukkan yg perempuan pun mampu berdiri dengan sendirinya!! Oh tidak! no no no tak boleh ckp mcm tu. Correction, kita kena cuba tunjukkan kita mampu untuk berdiri sendiri dengan hanya bergantung pada Allah. Hasbunallahu wanikmal wakil... :) Ini baru betul. 

Jom kita amalkan baca ayat Kursi, dan ucap "bismillahi tawakkaltu Allallah" setiap kali kita keluar dari rumah atau bilik asarma. Dan masa dalam kereta pun, bacakan lagi ayat Kursi, dan niatkan dalam hati "Aku mohon perlindunganMu Ya, Allah daripada perkara2 buruk... dan Aku bertawakal hanya padaMU".

Ya, inilah tips yg paling penting, doa kita pada Allah, dan bertawakal. Kebergantungan kita pada Allah. Supaya kita sentiasa ingat bahawa dalam hidup ini kita hanya boleh bergantung HANYA KEPADA ALLAH. Kita takkan mampu buat apa- apa atau mengelak daripada apa-apa kejadian buruk, melainkan hanya dengan izin Allah. :) InsyaAllah...

Semoga bermanfaat!


Saturday, November 3, 2012

This is Dunya


This is dunya. Dunya. Not a place of ease. Only glitter.
The place where you have to feel cold and hungry.
The place where you have to worry and feel scared.
The place where it gets cold.
So cold, sometimes.
The place where you have to leave the people you love.
Where you can’t get attached, because even if you do, it doesn’t make it stay, it just makes it hurt when it doesn’t.
The place where happiness and sadness are only players, waiting for their next line in a play…












This is my favourite lines from "I Prayed for Peace Today" by Yasmin Mogahed.


Sunday, October 7, 2012

Sabar: Yakin, Redha & Tawakal

"Life is a learning process"

ayat tipikal yang selalu kita dengar kan? yup, sebab itulah kenyataannya. kehidupan satu proses pembelajaran yang berterusan. setiap hari, sure akan ada sesuatu yang baru untuk kita belajar. baik atau buruk, pasti akan ada "pengajaran" yang kita peroleh daripada yang berlaku itu. sebab, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah, "kun fayakun" maka jadilah segala sesuatu mengikut kehendakNya. dan percayalah, setiap sesuatu yang baik atau buruk pasti ada hikmah yang tersembunyi, kerana Allah itu Maha Mengetahui, Dia takkan menjadikan sesuatu tanpa sebab. Sesuatu yang yang kita sangka baik itu, belum tentu sebenar- benarnya baik untuk kita, dan sesuatu yang kita sangka buruk itu, belum tentu sebenar-benarnya buruk untuk kita.

Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik buatmu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu padahal bahaya bagimu.
(surah al-baqarah ayat 216)

Pengetahuan manusia itu sangatlah terbatas, kita hanya mengetahui sesuatu mengikut apa kita lihat, kita rasa, dan kita sangka. Sedangkan Allah yang menciptakan alam, setiap kejadian di langit dan bumi berlaku adalah mengikut perancanganNya. Sebab itulah perlunya konsep "yakin, redha & tawakal". Selama mana kita yakin semua yang berlaku kerana kehendak Allah, redha dengan Qadaq & Qadar nya, dan tawakal dengan seikhlas hati pada Allah; Kalau kita pegang konsep ini, Insyallah, apa pun yang berlaku, Insyallah kita mampu hadapi dengan tabah... selama mana hati kita masih utuh berpaut kepada Allah...



sabda Nabi s.a.w:

إحرص على ما ينفعك, واستعن بالله ولا تعجز, فإن أصا بك شيء فلا تقل: لو أني فعلت كذا وكذا لكن كذا وكذا, ولكن قل: قدر الله وما شاء فعل, فإن (لو) تفتح عمل الشيطان

“Berusahalah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan Allah dan janganlah sampai kamu lemah (semangat). Jika sesuatu menimpamu, janganlah engkau berkata ‘seandainya aku melakukan ini dan itu, niscaya akan begini dan begitu.’ Akan tetapi katakanlah ‘Qodarullah wa maa-syaa-a fa’ala (Allah telah mentakdirkan segalanya dan apa yang dikehendaki-Nya pasti dilakukan-Nya).’ Karena sesungguhnya (kata) ‘seandainya’ itu akan mengawali perbuatan syaithan.”
(Shahih, riwayat Muslim)



Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

لا يؤمن عبد حتى يؤمن بالقدر خبره وشره حتى بعلم أن ما أصابه لم يكن ليخطئه وأن ما أخطأه لم يكن ليصيبه

“Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga dia beriman kepada qadar baik dan buruknya dari Allah, dan hingga yakin bahwa apa yang menimpanya tidak akan luput darinya, serta apa yang luput darinya tidak akan menimpanya.” (Shahih, riwayat Tirmidzi)



Jadi bersabarlah duhai hatiku yang rapuh...