Tuesday, November 6, 2012

sabar. sabar. dan sabar !!!



Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
 (Al-Baqarah 2:153) 


Dan SABAR itu terbahagi kepada 3 jenis:- (sumber)

1) Sabar di dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dan meninggalkan dosa-dosa, sekalipun bercanggahan dengan hawa nafsu sendiri.

2) Sabar di dalam ketaatan dan taqarrub, walaupun terasa berat oleh jiwa dan tubuh badan.
Sabar dari jenis yang kedua ini adalah sabar yang lebih utama, yang membawa pahala yang lebih besar, dan inilah tujuan yang dimaksudkan oleh ayat ini.

3)Sabar di dalam mengharungi segala macam musibah dan cubaan. 
  Sabar yang sebegini hukumnya adalah wajib, sebagaimana memohon ampun dari perbuatan-perbuatan yang aib.


Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ 
(Surah Al-Anfaal ; 46)


Bersabarlah wahai diriku, tika diri terasa lemah dan bersedih hati. 
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu yang ditakdirkan. 
Dan sesungguhnya kehidupan dunia hanya sementara, 
dan dunia hanya tempat untuk ditimpa UJIAN. 
ya, dunia dan segala isinya hanyalah sebuah ujian.

Sentiasa ingat, Allah sedang menguji sejauh mana kau mampu bersabar...
dan sejauh mana kau mampu redha.
dan sejauh mana kau benar-benar ikhlas dalam memohon keampunan terhadapNya.
so jangan fail-kan dirimu dengan Ujian dunia ini yer!
jadi, sabar dan :)

Monday, November 5, 2012

That Thing I Do .


The thing that I usually do before I fall asleep, is checking out on my facebook and instagram. Then I will screenshot those beautiful words and advises.

That because I know I'm a just a human being, thus I do need wisdom to get inspired and to keep me strong..

Here I'm sharing one of the best snapshot of wisdom for tonight. 




Barakallah.

Saturday, November 3, 2012

This is Dunya


This is dunya. Dunya. Not a place of ease. Only glitter.
The place where you have to feel cold and hungry.
The place where you have to worry and feel scared.
The place where it gets cold.
So cold, sometimes.
The place where you have to leave the people you love.
Where you can’t get attached, because even if you do, it doesn’t make it stay, it just makes it hurt when it doesn’t.
The place where happiness and sadness are only players, waiting for their next line in a play…












This is my favourite lines from "I Prayed for Peace Today" by Yasmin Mogahed.


Petua Senang Hati

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat  Hari Sabtu!! Ohh yeayy it's weekend! lovin' it! http://www.emocutez.com

sempena hari minggu nih, macam2 planning telah dirancang! antaranya...
.
.
.

hhhhmmmm..
.
.
.

antaranya....
.
.
.
hhhhhhhrrrrrmmmmmmmmm....
.
.
.
okeh, sabtu ahad ni macam biasa, stay bilik siapkan write-up utk conference paper pulak.
(padan muka ko, sape suruh tak siapkan kerja masa weekdays!! tuhan dah bagi cukup masa, sape suruh tak guna elok2!! tulahh berangan jek lebih.. lempang muka laju2 kang.. okeh dah marah diri sendiri..sy insaf untuk minggu ni..)



 http://www.emocutez.com


http://www.emocutez.com



okeh takper moon, jangan risau.. jangan susah hati! berusaha and be happy! jia you! 
mehhh baca petua senang hati ini...





Thus, the vital key of happiness in life is, to always remember Allah in everything we do. Insyallah... let's try our best! fighting!~~~

happy weekend to you all guys!! :D











Thursday, November 1, 2012

Bernilaikah Air Matamu?

Assalammualaikum w.b.t..
Artikel di bawah ini aku edit dari dua sumber ini sumber 1 dan sumber 2. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua, Insyallah.. Aamiinn..


----------------------------------------





Kita biasa menangis kerana kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi seperti kematian ahli keluarga atau kehilangan harta benda. Ada orang menangis kerana putus cinta, kerana menanggung kesakitan dan ada juga menangis bila menonton drama atau filem yang menyayat hati.

Sekiranya anda mudah menangis, Alhamdulillah itu menandakan anda mempunyai hati yang lunak dan lembut. Cuma perlu diubah menangis untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk kehidupan akhirat kita iaitu menangis kerana takutkan Allah. Kita sepatutnya menangis bila mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dosa-dosa ini yang akan menghumbankan kita ke neraka sekiranya tidak diampunkan oleh Allah SWT.


Ambillah masa yang sesuai untuk diri bertafakkur dan bermuhasabah terhadap dosa-dosa lampau. Ikutilah dengan taubat, menyesal dan berazam tidak mengulanginya. Menangislah untuk perkara seperti ini kerana janji Rasulullah saw: 



عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]


Maksud tidak akan disentuh oleh api neraka ialah tidak akan dimasukkan ke dalam neraka. Sungguh besar ganjaran yang dijanjikan kepada golongan yang sentiasa bermuhasabah diri di dunia sehingga mengalir air matanya kerana takutkan pembalasan Allah di akhirat. 


Nabi saw bersabda, “Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah sampai susu [yang telah diperah] dapat masuk kembali ke tempat keluarnya.” (ImamTirmidzi ). 


Rasulullah saw juga bersabda bahawa salah satu golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya di akhirat ialah seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).” (Imam al-Bukhari dan Muslim). 


Suatu malam al-Hasan al-Bashri rahimahullah terbangun dari tidurnya lalu menangis sampai-sampai tangisannya membuat segenap penghuni rumah terkejut dan terbangun. Maka mereka pun bertanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, “Aku teringat akan satu dosaku, maka aku pun menangis.” 

Kalau al-Hasan al-Bashri saja menangis sedemikian keras kerana satu dosa yang diperbuatnya, lalu bagaimanakah lagi dengan orang yang mengingati jumlah dosanya tidak dapat lagi dihitung dengan jari tangan dan jari kaki? Laa haula wa laa quwwata illa billah! Alangkah jauhnya akhlak kita dibandingkan dengan akhlak para salafush shalih? 


Bagaimana dengan diri kita? Tidakkah dosa kita membuat kita menangis dan bertaubat kepada Rabb Yang Maha Pengampun atau kita sentiasa leka, ketawa dan alpa dibuai kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya?. 


Semoga Allah membimbing dan memberi kekuatan kepada kita agar sentiasa menjadi hambaNya yang bermuhasabah diri, menangis dan sentiasa bertaubat terhadap dosa yang dilakukan.