Ever wonder, kenapa CINTA diciptakan?
Dahulu, aku sendiri pernah rasa benci dengan perasaan cinta itu. Aku pernah mohon kepada Allah supaya tutup hati aku daripada mencintai lelaki, sebab aku hanya ingin mencintai Allah, Rasulullah, keluargaku, sahabat2ku. Bila ingat balik semua ini, Astaghfirullah al-azim... jahilnya aku, daifnya ilmu aku... terlupakah aku, semua yang Allah ciptakan dan jadikan semua ada sebabnya..
Tidak Allah jadikan cinta untuk melukakan hati manusia, melainkan cinta dan perasaan itu juga adalah sebuah ujian.. Ujian yang Allah turunkan untuk melihat sejauh mana kita mampu mengawalnya.
dan setiap perbuatan, akan ada ganjaran atau hukuman untuknya..
Malam 8 Mac lepas, berkesempatan ke ceramah ustaz Pahrol Mohamad Juoi dengan ustazah Ummu Maudah Ali, ceramah berkaitan cinta, rumahtangga dan syurga. Memang menarik isu yang dikupaskan. Disini aku ulaskan antara perkara asas tentang cinta yang pada aku amat penting untuk difahami.. semoga bermanfaat, Insya Allah..
Penciptaan Cinta
Penciptaan cinta, adalah berbalik kepada tujuan awal penciptaan manusia. Allah ciptakan manusia dengan dua tujuan; (1) untuk menjadi hamba Allah, (2) menjadi Khalifah di bumi.
Kata Ustaz Pahrol, dahulunya Allah telah menawarkan gunung- ganang, langit dan bumi untuk menjadi Khalifah dibumi, tapi semuanya menolak kerana tanggungjawab sebagai Khalifah terlalu berat. Tapi pada waktu itu manusia bangkit mahu menggalas tanggungjawab sebagai khalifah. Manusia, hamba Allah yang lemah, jahil dan zalim ini jugalah yang sanggup menjadi khalifah untuk diuji di bumi.
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yg ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakkan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat jahil".
Surah Al Ahzab Ayat 72.
Ibnu Abbas berkata :"Yang dimaksudkan dengan amanah dalam ayat di atas ialah taat (kepatuhan). Allah s.w.t telah tawarkan amanah tersebut kepada langit, bumi dan gunung-ganang sebelum ia ditawarkan kepada Nabi Adam a.s. Allah berfirman kepada Adam a.s: “Wahai Adam, sesungguhnya Aku telah tawarkan amanah ini kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka tidak mampu memikulnya, maka adakah engkau mahu mengambil apa yang terkandung di dalam amanah itu?”. Nabi Adam a.s bertanya: "Wahai Tuhanku, apakah kandungan amanah itu?" Allah s.w.t menjawab: "Sekiranya engkau berbuat ihsan nescaya engkau akan diberi ganjaran, dan sekiranya engkau berbuat jahat nescaya engkau akan dihukum." Lalu Nabi Adam pun mengambil amanah tersebut dan memikulnya. (sumber).
Oleh kerana amanah ini sememangnya berat, maka Allah yang maha pengasih dan maha penyayang mahu meringankan amanah yang berat ini dengan cara minta manusia memikul amanah ini secara bersama. Kerana itu Allah menciptakan manusia secara coexistence, iaitu wujud secara bersama.
Itulah fitrah manusia, sentiasa memerlukan manusia yang lain. Dan berasaskan dari entiti yang kecil bermula daripada sebuah rumahtangga, terciptalah sebuah keluarga dan membentuk masyarakat dan sebuah negara.
Hakikat inilah menerangkan bahawa cinta telah Allah wujudkan bagi mempermudahkan tujuan melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Apabila sepasang suami isteri membentuk sebuah keluarga, umpama sayap kanan dan sayap kiri yang bersama untuk terbang membawa amanah ini. Tanggungjawab yang berat ini akan terasa lebih ringan apabila suami dibantu oleh isteri, dan isteri dibantu oleh suami. Dan dari sini juga kita perlu sedar bahawa;
Cinta bukan tujuan, tapi cinta hanya jalan.
Cinta bukan matlamat, tapi cinta hanya alat.
kerana tujuan kita adalah keredhaan Allah, dan matlamat kita adalah syurga, insya Allah.
Mungkin dari sini kita boleh rumuskan, bahawa binalah rumahtangga kerana Allah. Dengan cara niatkan perkahwinan itu untuk mempermudahakan usaha dalam melaksanakan amanah sebagai hamba Allah dan KhalifahNya, bukan kerana cinta kepada makhluk semata- mata. Kerana perkahwinan kerana cinta semata- mata belum tentu mampu bertahan andai dilanda badai dan masalah... Tapi jika pada dasarnya berkahwin itu kerana Allah, walau apapun yang akan berlaku di kemudian hari, InsyaAllah kita mampu hadapinya.. kerana hati manusia sentiasa berbolak- balik, dan pengawalnya hanya Allah s.w.t...
"Apabila dua hati mencintai yg SATU, pasti hati-hati itu akan bersatu."
(Ustz Pahrol Md Juoi)
Subhanaallah.Good writing Moon =)
ReplyDeleteIn shaa Allah teruskan berkongsi ilmu yg bermanfaat..terima kasih Moon =)
ishhh dhiya.. nih banyaknya kata-kata ustaz Pahrol dlm ceramah hari tu.. kite ulas balik je. hehe.. :) insyaAllah dhiya, kte cube terus berkongsi yg bermanfaat.. terima kasih..
Delete