Saturday, October 13, 2012

Andai, Aku.


Andai sunyi ini membuat aku lebih mengingatiMu,
Aku rela terus diselubunginya..

Andai sepi ini membuat aku lebih merintih untuk cintaMu,
Aku rela terus dihantuinya..

Andai rindu ini lebih membuat aku mengerti bahawa tiada yang lain yang dapat menandingi kasih sayangMu,
Aku rela terus dihiris pilu...

Andai cinta ini menyedarkan aku bahawa tiada cinta seagung cintaMu,
Aku rela terus terbelenggu.

Asalkan cinta dan redha-Mu masih untukku.

hasbi rabbi jallallah.
Ma fi qalbi ghayrullah....

No comments:

Post a Comment