Sunday, October 14, 2012
Melankolik Hati, Sendiri.
Memang susah melupakan, jika hati masih mencinta.
Memang sukar melupakan, jika hati masih merindu.
Melankolik hati, sendiri...
Namun aku sedar, diamku adalah jalan yang terbaik.
Takkan ku luahkan lagi kata rindu, apatah lagi kata cinta itu.
Biarkan aku terus diam membisu.
Biar bayangku terus menghilang bagai angin yang berlalu.
Ya, aku akan terus diam, hilang dan berlalu.
Berlalu bersama doa-doa disetiap hembusan nafasku...
Sungguh jarak ini sememangnya menyakitkan umpama dihiris sembilu,
Namun dalam ngilu itu aku sedar akan hadirnya aman yang
tak pernah kurasakan sebelum ini,
Ada nyaman selembut bayu yang meniup,
Ada syahdu yang menyelinap masuk ke dalam jiwaku.
Dengan hadirnya cinta segenap hati padaMu, tuhan...
Kerana dalam sakit itu, Kau menyedarkan aku bahawa
Cinta yang sentiasa kudambakan itu, bukan cinta yang ada di dunia yang fana,
tapi cinta dariMu tuhan, cinta agungMu ya Rabbi Alamin...
Sungguh aku tidak layak untuk perasaan ini...
Namun Kau tetap menghadirkannya dalam hati.
Terima kasih tuhan untuk pinjaman perasaan ini.
Moga kau kekalkan iman ini hingga ke saat aku bertemu-Mu.
dan...
Tuhan, andai belum tiba saat yang Kau redhai,
Jangan biarkan aku hatiku yang rapuh ini terjatuh lagi,
Jangan biarkan aku terhanyut lagi oleh badai asmara,
Sungguh aku hanyalah manusia lemah yang penuh khilaf dan dosa.
Rayuku, agar Kau bantulah aku, peliharalah hatiku, diriku dan Imanku...
Jadikan aku hamba yang mencintaiMu melebihi segala apa
yang ada di dunia dan akhirat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment