Sunday, October 14, 2012

Sampai bila?

Sampai bilakah aku akan terus terlibat dengan procrastination ini?
Sungguh hati tak tenang.
Memang tahu kerja banyak, seharusnya setiap hari habiskan baca 2,3 journals.
Tapi dengan rasa tak bersalah, biarkan masa berlalu begitu sahaja.
Sedetik demi sedetik berlalu, berlarut menjadi hari.
Hari ke hari, menjadi minggu ke minggu.Tup2, dah berbulan.

Sedarlah wahai diri, sehebat mana seseorang pun, andai malas yg menguasai diri,
kejayaan hanya dalam ANGAN mu!
Jangan bermimpi untuk berjaya, andai hidupmu memang hanya penuh angan-angauu..
Tak malukah diri, terus-terusan mohon cinta Illahi, sedangkan diri masih terus melakukan perbuatan yang dibenci Allah? iaitu bermalas- malasan dan membazir waktu..
Mengaku bermusuhkan syaitan, tapi diri tetap membiarkan syaitan melemahkan diri?

Sedarlah, dan malulah wahai diri yang masih bernyawa.
Masa yang berlalu takkan kembali.
Apa yang harus dijawab pada Allah kelak andai Dia bertanyakan
"Apa yang kau gunakan dengan masamu? masa mudamu? masa lapangmu? masa sewaktu kau masih hidup?...."


----------------------------------------------------------------------------------

Doa mohon dihindari dari sifat malas.

Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w biasa membaca do’a:








(source doa)

#in psychology, procrastination refers to the act of replacing high-priority actions with tasks of lower priority, or doing something from which one derives enjoyment, and thus putting off important tasks to a later time.

No comments:

Post a Comment