Sunday, September 30, 2012

Belajar untuk Hidup, Hidup untuk Belajar


Umur dah 23tahun, kerja tetap pun belum ada lagi, kahwin, hmmm lagilah tak tahu bila. well, that's me. masa depan masih lagi kabur, nak jadi ape pun belum tahu lagi. inilah lumrah hidup student. Kadang- kadang orang selalu tanya aku, "tak boring ke sambung belajar lagi?" seikhlas hati, dalam hati jawab, yer memang perasaan boring, jemu tu ada. tapi pada aku, Belajar untuk Hidup, Hidup untuk Belajar. tiada apa yang rugi untuk terus belajar, belajar dan terus belajar. sebab ilmu itu sangat bernilai, sebab ilmu adalah sesuatu yang orang lain tak boleh curi dari kita. yelah, harta, emas, duit, kumpul banyak mana pun, akan tetap habis jugak, or mungkin akan hilang, or dicuri... tapi ilmu, Insyallah akan kekal bersama kita, (unless kalau kita ditakdirkan hilang ingatan. mohon dijauhkan, Aaminn.)

Okeh nak story pasal pengalaman aku. Actually, masa sebelum buat decision untuk sambung belajar, aku sebenarnya tengah bekerja. Lepas habis intership training, company itu terus tawarkan kontrak kerja dengan dorang. Alhamdulillah, memang aku bersyukur sangat2 dengan rezeki Allah. Pengalaman bekerja kat multinational company mcm Aon Hewitt memang sangat best. Insyallah, next time lah aku ceritakan pasal kerja ni. :)  Decision untuk sambung belajar ni sebenarnya parents aku yang beriya2. Mula- mula aku macam separuh hati jer.. tapi demi nak teruskan impian abah aku yang tak sempat nak sambung master, jadi aku buat keputusan untuk teruskan impian abah tu. honestly, at first it was really for the sake of my parents. walaupun hati aku masa itu 50-50 lagi, (yelah sebab masa tu tengah syok kerja kat KL), aku terukan untuk sambung belajar, aku yakin kalau sesuatu pilihan itu dapat buat parents kita happy, Insyallah pilihan itu mungkin adalah yang baik.

Masa mula- mula datang balik ke USM untuk belajar, memang aku terasa sangat lain. USM is still the same, the surrounding are all the same, but..not the people. Aku rasa ada sesuatu yang hilang kat sini. Setiap tempat yang lihat, setiap sudut dalam USM, semuanya penuh memori. Memori dengan kawan2 yang dulu selalu ada, susah senang sentiasa bersama. Tapi sekarang, semua tu tiada, yang ada hanya aku seorang kat sini... Aku rasa macam susah nak adapt, sebab aku betul2 rindukan kawan2 aku, "geng longkang" aku yang dulu, and most I miss myself when I was with them. I feel lost.. rasa sesuatu yang kurang dalam hidup aku. semua ni buat aku rasa sunyi sangat... lebih- lebih lagi bila bilik asrama yang aku pulak tu takde roomate. memang malam2 layan perasaan sorang2 lah kan.. then aku pulak sambung master by research, which mean I have no class to attend! yeah it's great, but then if no class how can you socialize and make new friends? memang forever alone habis~ seriously it took a few months jugaklah untuk aku betul2  dapat adapt dan serasikan diri dengan hidup yang baru ni... tahu tak perasaannya bila terpaksa mulakan hidup yang baru untuk kali kedua ditempat yang sama?? huhhh...rasa macam hmmmm ohhhh hmmm okeh tak nak cakap.

Tapi aku tabahkan hati teruskan hidup jugak (bajek macam menderita sgt). Sebab keputusan telah dibuat, aku tak mungkin akan patah balik, dan paling penting, aku yakin, Allah hantar aku ke sini semula, mesti ada sebabnya..Ya, aku sangat2 yakin memang semua yang Allah aturkan untuk aku, semuanya ada hikmahnya... cuma, semuanya soal masa dan waktu untuk aku mengungkai satu persatu hikmah yang tersembunyi.~~~
sekarang dah berbulan- bulan dah aku berada di sini, Subhanallah.. memang banyak hikmahnya... :') Thanks Allah... Insyallah, aku akan update lagi pasal hikmahnya. memang aku nak sangat kongsikan cerita ini... untuk tunjukkan betapa Allah itu sangat sweet pada hamba2nya...

Saturday, September 29, 2012

Mati, Hidup Semula.


Assalamualaikum...

Yeah, terasa seperti mati hidup semula. ayat yang paling tepat dan sesuai untuk blog aku ni. Last update pon 11 Januari 2011, sekarang dah 29 September 2012. Tahniah Moon kerana berjaya mematikan blog ini selama hampir 2tahun... "huhh, mati ker hidup ker, emangnya ada orang peduli pasal blog ko? ade aku kesah??" huhu.. okeh sentap jap.. kejap jer, okeh sudah..

tiba-tiba pukul 12malam semalam, aku semacam dapat "hidayah" untuk kembali mengaktifkan diri dalam dunia blog ini.. hmm well actually sebenarnya aku tengah mencari sesuatu yg lain, selain daripada study dan buat thesis. Ohh yer, nak habaq sikit pada yang kenal aku, Alhamdulillah aku dah grade dari USM pada September 2011.. dan Alhamdulillah sekarang dah sambung belajar lagi, Master in Science (planning studies), kat mana? kat USM lagi.. "again? USM lagi??" yerr saya sangat sayangkan USM... Syukur untuk segala rezeki Allah. :)

harapannya, dengan kembalinya saye dalam dunia blog, dapatlah jadi pelepas tekanan sepanjang belajar di sini... serius, situasi masa belajar degree dulu sangat2lah berbeza dengan sekarang... and honestly it had changed me alot. nanti, Insyallah aku update lagi tentang hal bolajar ni..

sekian sahaja pembuka kata untuk tahun ini, semoga aku dapat terus istiqomah untul terus menulis. http://www.emocutez.com