Friday, January 4, 2013

Tips: Wanita & Workshop?

Assalamualaikum w.b.t.

Since aku berseorangan di perantauan, tanpa keluarga disisi, kenalah pandai2 berdikari. Dah beberapa kali juga kena pergi workshop sorang2. Yer, pergi sorang2 dan selama ni pun memang ke bengkel sorang2 sepanjang di Penang nih. Kalau dekat rumah, memang aku langsung tak amek tahu pasal kereta, tahu guna jelah kan... Bila problem, abahlah kena settlekan. hehe.. Tapi bila sorang2 diri kat sini, kenalah pegang tanggungjawab sendiri.

Biasanya soalan yg akan orang tanya "Kenapa berani sangat perempuan pergi  workshop sorang2? kang kena tipu kang...". 

Masa pertama kali kereta aku buat hal pun dulu, parents aku yg jauh macam tak berapa nak lepaskan aku pergi workshop sorang2. "janganlah pergi sorang2.. ajaklah mana2 kawan. Kawan2 lelaki ker yg tahu pasal kereta."... Jawapan aku, "alah, takde apa2 lah.. malas nak kacau orang lain. ala, InsyaAllah takde pape." Ya, Alhamdulillah, setakat ini  rasanya everything smooth dan  tak ditipu (insyaAllah), bayaran yg aku kena pun average price berdasarkan aku tanya orang dan baca di internet.

Di sini aku kongsikan tips berdasarkan pengalaman setahun dua, menjaga kereta seorang diri. Sebelum pergi bengkel, ceritalah masalah kereta tu pada orang yg expert pasal kereta. Biasanya aku minta advise daripada abah dan along aku. 
1. Cerita problem kereta, 
2. tanya apa punca (kalau dorang tahu),
3. tanya apa kemungkinan masalah lain yg timbul daripada masalah tu, 
dan paling penting
4. anggaran harga! Supaya kita tahu average cost dan tak kena ketuk kaw2!
5.Kalau ada masa silalah buat reseach dulu, tapi kalau tak sempat teruslah pergi bengkel yer.

Then bila di bengkel, nanti mekanik mesti akan tanya apa problem kereta. bila dorang dah check2, then dorang akan beritahu masalahnya, dan anggaran kosnya. Biasanya lepas dorang tengah check satu masalah, kadang2 nanti mesti dorang akan dapat detect satu masalah lain pula. Bila mekanik tengah ceritakan masalah kereta tu, sila tanya in details, dan dengar dengan teliti! ini sangat penting utk elak daripada kena tipu! Biarlah kita sebenarnya tak paham haram kejadah apa dia cakap, tak tahu tentang bahagian2 dalam kereta yg dia sebut tu. Takpe, cuba dengar elok- elok, dan try tangkap words dan key point yg cuba disampaikan.

Contohnya, petang tadi aku kena pergi bengkel lagi, kali nih sebab minyak hitam aku kering, walhal sepatutnya 1000km lagi baru kena servis. Bila mekanik check, dia cakap ada leaking. Sebelum tu aku memang dah ceritakan masalah ini pada abah dan along, memang dorang ada cakap mungkin ada leaking. So masa mekanik tu cakap mcm tu, memang aku dah ready utk dengar punca itu. Then aku tanya, macam mana boleh leaking? berapa kos nya? Dia pun ceritalah kemungkinan2 puncanya, bla bla bla... memang serius aku tak paham langsung!. Tapi aku dapat tangkap words yg dia sebut mcm "oil seal gearbox", (aku siap minta dia ulang 2,3x word nih sebab aku tak paham apa dia sebut. uhuhhu.. tapi aku nak jugak tahu apa benda apa yg dia sebut tu), then dia cakap nak kena bukak enjin, bawak turun gearbox, bla bla bla... Dia cakap lagi, kos upah nak bukak dalaman dlm rm110, kos tuka oil seal gearbox dalam rm60. Tapi dia cakap takpe kalau aku taknak buat lagi semua tu sementara ni, dia akan servis minyak hitam je, cuma dia warning aku kena selalu check minyak hitam jangan sampai kering. Aku pun "ohh, ok. Kalau mcm tu sy taknak buat lagi." Sebabnya aku perlu masa utk minta pendapat advisor aku dulu & nak kena buat research dulu!

Masa inilah smartphone sgt berguna! Aku terus google, punca minyak hitam leaking. Baca dekat forum yg orang post, okeh, baru paham in details apa masalahnya. Kalau tadi aku langsung tak paham apa yg mekanik tu cakap, skrg baru aku paham apa benda yg dia sebut. Sekarang kan zaman semua dihujung jari, jadi rasanya tiada alasan untuk kita tidak cuba elak dari ditipu. (InsyaAllah...) 

Ya, jadi kepada yg kata membazirlah pakai phone mahal2 nih, cuba fikirkan balik. Pada yg kata "alah apa guna pakai phone mahal2..sama je mane2 phone.  janji dapat buat calling dan sms,cukuplah!.." no, its totally tak sama. Totally berbeza! Nowadays phone is not just for calls & SMS, its more than that. 

Berada di zaman sekarang nih, kita kena lebih panjang akal, kena lebih berani dan berdikari. Apa-apa pun kita kena persiapkan diri kita dengan ilmu, walaupun sedikit, sekurang- kurang ia dpt membantu diri kita daripada kena tipu ke ape2.. Dan lagi satu, berdikari. Ya, berdikari. Sebab kita tak boleh selamanya bergantung pada orang, especially pada lelaki. Cuba tunjukkan yg perempuan pun mampu berdiri dengan sendirinya!! Oh tidak! no no no tak boleh ckp mcm tu. Correction, kita kena cuba tunjukkan kita mampu untuk berdiri sendiri dengan hanya bergantung pada Allah. Hasbunallahu wanikmal wakil... :) Ini baru betul. 

Jom kita amalkan baca ayat Kursi, dan ucap "bismillahi tawakkaltu Allallah" setiap kali kita keluar dari rumah atau bilik asarma. Dan masa dalam kereta pun, bacakan lagi ayat Kursi, dan niatkan dalam hati "Aku mohon perlindunganMu Ya, Allah daripada perkara2 buruk... dan Aku bertawakal hanya padaMU".

Ya, inilah tips yg paling penting, doa kita pada Allah, dan bertawakal. Kebergantungan kita pada Allah. Supaya kita sentiasa ingat bahawa dalam hidup ini kita hanya boleh bergantung HANYA KEPADA ALLAH. Kita takkan mampu buat apa- apa atau mengelak daripada apa-apa kejadian buruk, melainkan hanya dengan izin Allah. :) InsyaAllah...

Semoga bermanfaat!


2 comments: