Perempuan dan air mata.
Dah macam suatu yang sinonim. Fitrah kejadian wanita, Allah ciptakan perempuan dengan jiwa yang lembut yang mudah terusik (amboi ayat tak tahan). Perempuan juga dilahirkan dengan 9 nafsu dan 1 akal, tapi nafsu bukanlah merujuk kepada nafsu seks semata- mata yer adek2.. Nafsu yang ini luas maksudnya, contohnya; perempuan suka bershopping atau a.k.a membazir, yelah kadang2 koleksi kasut pun dah penuh satu almari. Lagi perempuan ini kuat nafsunya kepada kecantikan. ada jerawat sebijik je pon naik, dah boleh jadi hot status kat facebook.. class ko nyah, glamer abess.. Dan nafsu wanita ini juga boleh merujuk kepada kepelbagaian emosi (huhh macam tak sesuai ayat, can't find the best word at the moment).. Sayer ulang suara, kepelbagaian emosi terhasil disebabkan pelbagai jenis hormon yang wujud dalam diri wanita. Hormon-hormon inilah yang selalunya memainkan peranan dalam membentuk emosi seseorang. Rasa special sangat kan jadi perempuan? :) , lelaki, ko hado?
Selalunya perempuan menangis disebabkan:-
1. Hatinya terusik oleh sesuatu perkara. Perkara tu boleh jadi sesuatu perkara besar sebesar ikan paus, atau kecil, sekecil kutu rambut. Kadang- kadang benda yang bagi lelaki tak masuk akal untuk buat perempuan menangis. Tapi itu kehebatan emosi perempuan, hatinya boleh senses sesuatu perkara sampai begitu deep dalamnya...
2. Tension. Bila kepala hotak dah serabut dengan bermacam- macam masalah, mulalah hatian jadi tidak keruan, then jalan terbaik untuk lepaskan tekanan itu, adalah menangis. Ya, ianya agak membantu bagi perempuan tau.. Sebab biasanya lepas menangis, otak yang serabut tu dah boleh berfikir dengan rasional balik.
3. Kepenatan yang melampau. Bila badan dah terlalu letih, otak pon jadi jem kejap, nak tidur plak tak boleh sebab kerjanya banyak lagi... dan akhirnya menangis adalah caranya untuk luahkan emosi yg penat itu... (Aku sendiri pernah menulis conference paper pukul 3,4pagi sambil menangis2.. sebab otak kepenatan untuk terus berfikir, dan pressure nak siapkan untuk submit esoknya! so penat+tension= nangis.. huhuu.. equation dr. munira).
4. Boring. Maybe this might sound silly, but it's true. Sometimes, bila kita terlalu boring, tiada apa untuk dibuat, tiada kawan untuk berbual, otak kosong, jiwa kosong, then masa inilah perempuan mula bermain perasaan sorang2. Mulalah dia mula memikirkan perkara- perkara yg tak sepatutnya difikirkan, dan setan pulak giat membisik- bisik perkara yang membuatkan kita terus hanyut dengan perasaan... (nasihat aku, untuk diri sendiri jugak, bila mula terasa perasaan macam gini, cepat-cepatlah ambil wudhuk. Mohon Allah pelihara kita dari berkhayal ke dalam perasaan yang tidak perlu).
Pada aku, tak salah pun untuk menangis. Kalau hati sedang bersedih, fikiran berkecamuk, otak dah tak tahu nak buat, then kalau dengan cara menangis itu dapat menukarkan emosi- emosi negatif itu kepada air mata untuk diluahkan, maybe itu adalah lebih baik.. Ya lebih baik daripada mengamuk pada orang lain, lebih baik daripada menbunuh kucing semata-mata untuk lepaskan perasaan itu.. Kalau menangis boleh menjadi medium meluahkan perasaan kita, why not?
Kalau rasa nak menangis, menangislah puas-puas. Tak perlu rasa malu atau lemah diri. Tapi dalam dok melayan perasaan tu, janganlah kita sampai lupa pada segala nikmat yang Allah anugerahkan pada kita. Jangan disebabkan satu perkara yang buat kita sedih dan kecewa, kita terus terlupa akan nikmat- nikmat Allah yang lain.. Ohh ya,lupakah kita, ujian yang kita lalui itu sendiri sebenarnya merupakan suatu nikmat dari Allah, dan sebagai suatu tanda kasih- sayang dari Dia?
ketika allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. dalam hadith kudsi Allah swt berfirman, “pergilah pada hambaku lalu timpakanlah ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya”.
(HR Thabarani dari Abu Umamah).
Jadi jika perlu menangis, nangislah sepuas- puasnya, dan dalam tangisan itu mengadulah pada Allah sepuas- puasnya. Kerana dari Allah turunnya ujian, maka dari Allah juga turunnya penawar.
Where there's up and down in life, I always reminds myself about this.:-