Assalamualaikum w.b.t.
Daripada minggu lepas aku perasan yang ada perubahan pada semua kuku tangan aku nih.. Mula-mula konon macam malu gaknak ngaku yang kuku nampak tak cantik, sebab permukaan kuku jadi tak rata dan tak licin. Seolah- olah macam kuku tu pernah terhiris2 or tergesel2 yg sampai menyebabkan kuku jadi tak rata. Memang sangat tak cantiklah bila tengok kuku sendiri macam tu! Aku siap buat manicure sendiri kot, tapi kecewa... tak berhasil..
Lepas tu aku pun mulalah operasi meng-google punca-punca yang menyebabkan permukaan kuku tidak rata. "permukaan kuku tidak sekata", hambekkk... then yang results nya memang agak scary- merry la bila baca!
info 1: Permukaan kuku yang berkerut atau tidak rata ini dapat menjadi pertanda awal dari Psoriasis (sejenis penyakit kulit yang penderitanya mengalami proses pergantian (kulit) yang terlalu cepat) atau radang sendi (Arthritis).
info 2: Kuku Dengan Permukaan Tidak Rata. Jika permukaan kuku bergelombang atau berlubang-lubang, maka keadaan ini mungkin merupakan tanda awal dari psoriasis atau arthritis inflamasi. Keadaan ini sering disertai perubahan warna kuku, kulit di bawah kuku dapat terlihat coklat-kemerahan. Psoriasis merupakan penyakit kulit yang sekitar 10% nya juga bermanifestasi di kuku.
info 3: Ada di antara anda yang mempunyai kuku tidak rata atau berbonggol secara semulajadi dari lahir. Namun jika kuku anda tiba-tiba mengalaminya, ini berkemungkinan anda mengalami anemia. Perubatan Cina pula berpendapat ia adalah akibat kekurang kalsium dalam diet harian.
Apa tu Psoriasis? apa tu Arthritis? Anemia lak ker? erkkk... makin baca, makin buat suspenn dupdap- dupdap yuuuu... Aku terus decide nak pergi klinik jumpa doktor. At first macam seganlah jugak nak pergi klinik semata- mata untuk tanya pasal kuku. seolah- olah macam, " doktor, doktor... tengok kuku i nih,, permukaan kuku i tak rata lah.. nape yer dr..." macam mengada- ngada sangatlah pulak kan. huhuu.. Tapi kebetulan hari ni aku selsema dari pagi, dengan mata dan hidung gatal2, so ade lah reason lain untuk jumpa doktor. kekekeke....
So aku pun terus siap- siap pergi klinik panel USM kat kawasan Ivory, Bukit Gambir. Bila berjumpa doktor, aku pun cakaplah aku selsema alergik, gatal-gatal mata dan hidung.. lepas tu aku pun tanya pasal perubahan kuku aku yang permukaanya jadi tak rata , doktor pun checklah kuku aku, then doktor cakap "awak nih kurang iron nih.."..
lepas tu dia minta aku tanggalkan cermin mata nerd aku tu, then doktor check bawah kelopak mata. "ehh, awak nih kurang darah nih.. bukan sikit lagi nih, banyak kurang nih.."
dia pon check tapak tangan aku, dan cakap "pucat.."
Macam biasa lepas tu doktor check pernafasan guna stetoskop, check anak tekak, nadi etc. then dia sambung lagi "ya, awak memang kurang iron dan kurang darah sekarang nih... tengah heavy period ker?" aku jawab "erkk.. tak."
doktor cakap lagi, "takper. nanti saya bagi vitamin dan ubat tambah darah.. banyak- banyakkan buah- buahan dan sayur- sayuran ok? ".
Baik doktor, Insyallah... actually lepas jumpa doktor tu, aku still macam blurr.. apa kaitan kurang zat besi dengan kurang darah (anemia). Bila sampai jer bilik asrama aku, aku pun terus cari maklumat pasal Anemia. Ohh lepas tu baru aku paham.. kekurangan sel darah merah berlaku disebabkan tidak mendapat zat besi secukupnya.
Kalau tak silap aku, rasanya ini dah kali kedua doktor cakap aku nih kurang darah.. hmmm... sebenarnya aku rasa macam mustahil jugaklah, badan berisi macam aku pun kurang darah, macam aneh pulak raserr.. lain lah aku nih kurus kering. huhuhu.. tapi sekarang baru aku paham, kurus ker gemuk ker, belum tentu sihat. Yang menentukan sihat ke tak adalah pemakanan dan pengambilan nutrien oleh badan kita.
Alhamdulillah, nasib baik aku cepat pergi klinik disebabkan kuku. huhu.. bak kata pepatah "malu bertanya, sesat jalan", aku tambah sikit, "malu bertanya, merana badan". :P apa-apa pun lepas nih aku perlu lebih menjaga pemakanan dan kesihatan. Badan ini pinjaman dan anugerah dari Allah... Amanah yang Allah beri ni perlu dijaga sebaik mungkin.. Insyallah, aku akan jaga amanah ini.. Jadi jagalah pemakanan sebaik mungkin ya. Pastikan badan mendapat nutrien secukupnya.. ecehhh, aku bagi nasihat macam dietetik plak...
tapi betullah pepatah English ada cakap "you are what you eat".
Dibawah ini aku kongsikan artikel mengenai ANEMIA, simptom- simptomnya, kesan, dan cara mengatasi.
p/s: doktor cakap kuku aku akan kembali normal jugak nanti! yuuhuuu~~ legaa.. :D
----------------------------------
ANEMIA atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.
Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang:-
-mudah pitam
-lesu,
-kurang cerdas dan cergas,
-mudah letih serta mengantuk
-manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran, (okeh yang ini memang aku akui ada berlaku pada aku.. aku pernah cakap pada member aku yg aku rasa aku jadi susah nak fokus bila membaca... hmmm... baru kini baru kutahu kenapa. huhuu.. tak bley blahh bila member aku kata, "entah2 kena buatan org".. haahhaa.. erkk.. Insyallah, takde sapelah berminat nak buat2 kat aku nih..)
Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.
Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.
Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.
Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.
(hmmmm... nak diet tu biar bertempat yer Munira... Kesihatan yg perlu diutamakan, bukan kurus! terima diri tu seadaanya...)
SIMPTOM- SIMPTOM.
Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda-tanda seperti:-
- pucat terutama di bibir dan kelopak mata,
- sering lesu dan mengantuk,
-mudah berdebar-debar,
- bentuk kuku berubah,
-rambut mudah gugur atau putus
-kerap pening atau pitam.
(tanda-tanda diatas memang apa yg aku alami).
(okeh yang bawah ini untuk wanita yang sedang hamil... hmmm aku boleh ignore dulu yang bawah nih la yerr, sebab rasanya aku belum merancang kehamilan lagi, apalagi untuk kahwin.)
Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.
Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.
PENCEGAHAN
Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.
Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.
Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.
Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkola, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.
Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.
Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.