Malam- malam begini, tiba- tiba tangan gatal belek-belek folder gambar- gambar lama dalam laptop.
Tersenyum bila tengok diri sendiri yang dulu. Zaman muda remaja.
Sungguh, penuh dengan ketawa, riang- ria ribena.
Senyuman aku dalam setiap gambar.
Ya, aku nampak diri aku yg dahulu.
Penuh ceria, sentiasa galak bila berposing dengan member- member.
Ya, aku nampak diri aku yg dahulu. Aku suka diri aku yang dahulu.
Sentiasa ketawa, dan aku suka bila dapat buat orang lain ketawa.
Dari zaman sekolah, kawan- kawan sambil gelak tahan sakit perut, "bengong ko nih moon.." "sengallah!!" "gila! sewellah"
takpe, tak kisah, korang panggil aku apa. Aku suka. Aku suka bila dapat buat korang gembira, gelak sakan macam sewel jugak!
Wajah aku dahulu, senyuman aku dahulu.
Aku nampak. Ya, aku nampak.
Ceria. Sangat ceria, terlalu ceria. Aku suka itu.
Dan kini aku tercari- cari, mana diri aku yang dahulu.
Mana senyuman aku yg dahulu? Mana gila aku yg dahulu?.
Ke mana hilangnya?
Ohhhhh, kadang- kadang aku hampir terlupa.
Aku bukan lagi gadis periang yang dahulu.
Hidup penuh dengan ketawa.
Penuh dengan semangat, penuh angan- angan.
Otak ligat fikir nak buat kerja gila.
Menyakat orang, ini mastermind nya.
Ya, aku bukan lagi gadis remaja yang mentah itu.
Bukan lagi gadis remaja yg galak utk meng"explore" masa depan.
Aku bukan lagi yg dahulu.
Masa mendewasakan aku.
Pengalaman mematangkan aku.
Dan aku takkan mungkin kembali kepada yg dahulu.
Kerana yg berlalu, telah berlalu.
Inilah masanya.
Bila kita sedar, kita telah berubah.
Berubah kerana masa, kerana usia, kerana keadaan, kerana pengalaman.
Berubah, bila kita sedar akan tujuan hidup sebenar.
Tujuan hidup sebenar.
Ya tentang realiti sebuah kehidupan yg sebenar.
Semakin menganjak dewasa, sebenarnya kita menjadi semakin takut.
Bukan semakin berani, seperti saat muda dahulu.
Tidak.
Kerana dahulu kau mentah, kau tak tahu apa kehidupan sebenarnya.
Tapi kini kau telah dewasa, baru kau sedar apa kehidupan sebenarnya.
Yes it is.
This is what we called,
GROWING UP.
have you?
nak moon yg dulu jugak balik pliss.u deserve to be happy girl.
ReplyDeleteanis... i may not be the same girl anymore, but i think i'd became much wiser, stronger than before.. and i'm lovin it.. but no matter what, i'm still the same moon, munira, a fren as you knew. :). love u. <3
Delete