Monday, January 7, 2013

2013: Dunia & Mati


2013 tiba.
Semua mula memasang azam tersendiri.
tapi 
Apakah yang kau sebenar-benarnya impikan dalam hidup ini?


Rasa bahagia?
Perasaan cinta dan dicintai?
Disukai, disenangi, disayangi, diterima oleh semua orang?
Duit & harta belambak 7 keturunan pun tak habis?

senang kata, adakah semua nya hal DUNIA?


Dunia.




hmmm....




ingatlah diri:


Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; 
Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
[Surah: Al-Hadid ,Ayat: 20] 


Harta benda dan anak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
Al-Kahfi [46]

 Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan.
Al-Ankabut [64]




Hadis Qudsi, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman (disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S.), terdapat 3 pesanan:
1. Hiduplah sesukamu, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika kamu akan dimatikan.
2. Cintailah sesiapapun / apa-apapun yang kamu cintai, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika nanti kamu akan berpisah denganya jua.
3. Berbuatlah sesuka hatimu, tetapi sedar lah bahawa apa yang kamu lakukan itu akan mendapat balasan kelak.




Muhasabah diri.

Untukmu dunia, cukuplah bagiku redha & kemaafan Allah sementara aku masih disini.


No comments:

Post a Comment