Sunday, November 11, 2012

Hikmat disebalik Dukacita .


“Antara perkara yang Allah boleh campakkan ke dalam diri insan, yang insan itu kadang- kala tak boleh buat apa, bahkan memang tak boleh buat apa. Iaitu satu jenis perkara dipanggil al-hazan, dukacita.” 


“Allah boleh mencampakkan dukacita ke dalam diri insan, tanpa mengira siapa insan itu.” 

“Bila sedih datang, manusia mula runsing. Mula mencari jalan bagaimana nak keluar daripada sedih, bgaimana nak keluar dari dukacita dalam kehidupan. Ramai orang yang menemui Allah, dan mencari Allah ketika dia sedih. Dan tak ramai orang mencari Allah ketika dia gembira. Walaupun kita tak disuruh mencari sedih, tapi sedih Berjaya membawa orang berjumpa Allah.” 

"Walaupun kita disuruh menyebut 'ya Allah aku memohon perlindunganmu daripada dukacita terhadap perkara yang nak (akan) datang, dan dukacita perkara yang telah menimpa kita' .Tapi dukacita sebenarnya selalu berjaya membawa manusia berjumpa dengan Allah."

"Ramai orang yang tak kaki masjid, datang ke masjid kerana ada peristiwa yang mendukacitakan dia. Ramai orang sombong, tunduk dan tawaduk kepada Allah kerana peristiwa yang mendukacitakan dia. Jika tak kerana Allah campakkan dukacita itu, mungkin dia mati sebagai ahli neraka. Tapi Allah dengan kesantunannya, kelunakkannya, dia bawa hamba daripada peristiwa ke peristiwa,kejadian demi kejadian sehingga apabila insan itu dirahmati, dia dapati sehingga hari ini dia menyebut “Ya Allah, kesianlah padaku..”

"dan Allah akan sentiasa mengenakan kepada insan dari masa ke semasa, dukacita antara kecil dan besar,  supaya dia sentiasa kembali kepada Allah. Dan bila die balik ke akhirat kelak dia akan mengucapkan “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripada kami segala dukacita”. 


"Bila insan berduka cita, maka insan akan mula bertanya, “dia nak buat apa?” Yang pertama bila dia dukacita, dia kena beramal dengan amal yang soleh".

hakikat manusia.. Imannya turun dan naik..

"Kita apabila kita solat, keadaan kita tak sama. Ada hari bila kita solat, kita rasa dekat dengan Allah. Ada hari bila kita solat kita pun tak ingat kita baca apa.. Ada hari kita baca Al-Quran, kita rasa dekat sangat dengan Allah, ada hari tidak.. Ada hari kita bangun tengah malam dan kita rasa kusyuk sangat, ada hari sampai tengah malam sunyi pun fikiran kita masih menerawang.."

"Untuk membolehkan insan dekat dengan Allah, ia memerlukan hati yang dekat dengan Allah. Jiwa, hati nurani yang dekat dengan Allah. Tak banyak (perkara) yang dapat membawa insan kepada Allah, tapi kesedihan mampu membawanya (membawak kita kepada Allah)."

"Bila dia (manusia) sedih, dia kusyuk. Bila dia nak keluar daripada kesedihan itu, kesedihan dunia, dia perlu bersedih kepada akhirat. Ada juga orang sedih kerana kehilangan, kerana benda- benda yang sepatutnya, benda- benda dunia sahaja. Tapi Allah berkata 'siapa yang beramal dengan amalan soleh, samada lelaki ataupun perempuan, dalam keadaan dia adalah mukmin, Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik'..."

"Ramai orang suka mengandaikan kehidupan yang baik itu apabila kita ada kemewahan yang hebat, Allah mencampakkan kebahagian ke dalam hati para Anbia; kadang- kala mereka tidak memiliki apa- apa di dunia. Allah mencampakkan kebahagian ke dalam dalam hati para sahabat nabi Muhammad s.a.w, (walhal) mereka terlihat tidak memiliki apa- apa, tapi (sebenarnya) merekalah yang menggengam sakinah, dan mereka menggengam kebahagian..."

---------------------------

Kata- kata ini aku ambil daripada video ceramah Dr. Asri Zainal Abidin a.k.a Dr.Maza. Ini antara ceramah peberet. Suka ceramah- ceramah Dr. Asri ini sebab gaya bahasanya lembut tapi mampu menusuk hati. Sampai sekarang belum berkesempatan dapat jumpa Dr. Asri lagi, mudah- mudahan satu hari nanti Allah bagi aku peluang untuk pergi ceramah live beliau.. Insyallah, Aamin..










Maka, masihkah kita ragu dengan hikmah disebalik kesedihan itu? 
Bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk melalui kesedihan itu...
Bersyukurlah kerana Dia masih  sayangkan kita, dan masih inginkan kita untuk kembali dekat padaNya...




No comments:

Post a Comment