Assalamualaikum w.b.t..
Simple update tentang hal malam semalam, aku pergi program Mahabbah Rasulullah yg diadakan di DTSP, USM. Niat aku memang satu, moga aku makin kenal Rasulullah, moga aku makin mencintai Baginda, ya aku benar- benar ingin belajar mencintai Rasulullah sepenuh hati.
Semuanya bermula beberapa bulan dulu, ada seorang kawan aku ni, dia sangat-sangat mencintai Nabi Muhammad.. aku pun cakap yg aku pun sayangkan Rasulullah, tapi dia, perasaan dia lain. Perasaan yg dia rasa benar- benar lain. Bukan hanya dimulut seperti aku. Tapi dia, bercakap cintakan Rasulullah memang benar- benar ikhlas dari hatinya, memang benar- benar jujur. Sampaikan, dia selalu menangis bila mengenangkan Rasulullah. Betapa cinta dan rindunya dia pada Rasulullah. Subhanallah... Sungguh, aku betul- betul cemburu kerana dia mempunyai perasaan yg begitu mendalam.
Aku sedar yang Iman aku masih terlalu kurang, masih terlalu mentah. Sebab ayat cinta aku kepada Rasulullah, hanya dimulut, aku masih tak dapat rasakan sepenuh hati. Astargfirullahalazim... Malunya aku.. mengaku hamba Allah, mengaku umat nabi Muhammad, tapi cinta masih tidak sepenuh hati.. Sejak itu aku aku selalu berdoa dalam setiap sujud moga Allah bantu aku, jadikan aku hamba mencintai Allah dan Rasulullah melebihi segala apa yang ada didunia dan akhirat.
Dan Alhamdulillah, semalam Allah hantar aku pergi program Mahabbah Rasulullah, yang disampaikan oleh Imam muda Hassan. Aku tak tahu nak cakap macam mana.. aku tak tahu nak gambarkan macam mana... Sepanjang Imam muda Hassan bercerita tentang Rasulullah, tentang kehidupannya, akhlaknya terhadap orang lain.. Baginda sungguh mempesona.. ya Allah, aku rasa sedih sangat. Sepanjang beliau berceramah, aku rasa sebak, aku tahan air mata yang dah lama bergenang. Hati aku rasa sayu sangat, diri aku rasa malu teramat.
Aku rasa malu... Malu pada diri sendiri, malu pada Allah. Macam mana diri ini dengan tak malunya sibuk memperkatakan tentang cinta kpd manusia, sedangkan Manusia yg selayaknya kita cintai ialah Rasulullah s.a.w.. Bagaimana hati ini sibuk mempersoalkan tentang cinta manusia, sedangkan sepatutnya sepenuh hati kita perlu mencintai Rasulullah, tapi aku tidak praktikkan.. Ya Allah, ya Rasulullah, maafkan aku yang salah meletakkan cinta dan hatiku... Maafkan aku...
Sedangkan masa Baginda sedang menjelang saat kewafatannya pun, baginda masih menyebut "ummati, ummati".. Betapa baginda amat kasih dan cinta pada kita umatnya, tapi bagaimana dengan kita? Sejauh mana cinta kita pada Rasullullah s.a.w? Ya Rasulullah, maafkan kami...
Lepas habis program tu, sampai je dalam kereta aku, aku nangis sepuas- puasnya, seorang diri. Untuk pertama kalinya air mata aku jatuh kerana Rasulullah... Aku sedih.. aku malu... Aku malu jika selama ini aku jadi wanita Muslim, tetapi menjadi umat Rasulullah yang memalukan agama. Aku sedih kerana telah mencalarkan nama Rasulullah selama aku menjadi umatnya. Aku sedih sebab selama 23 tahun aku hidup, tapi kini aku baru belajar mencintai Rasulullah.
Untuk sekian kalinya, aku bertekad, aku berazam bersempena awal Muharram ini, dengan izin Allah, aku ingin lebih mengenali dan belajar mencintai Rasulullah s.a.w sepenuh hati. Aku ingin belajar mencintai dan merindui Rasulullah segenap hati aku dulu sebelum aku belajar mencintai orang lain.. Aku benar- benar berdoa semoga Allah akan bantu menyuburkan rasa cinta aku pada Rasulullah dari hari ke hari..
In shaa Allah..
Aku jatuh cinta padamu ya Rasulullah...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
p/s: Untuk sahabat semua, marilah kita belajar mencintai Rasulullah sepenuh hati dulu sebelum kita sibuk nak menyintai manusia lain... Semoga Allah tanamkan rasa cinta kita kepadaNya dan Rasulullah sepenuh hati dan iman kita. Aamiinn..
No comments:
Post a Comment