Thursday, December 27, 2012

Ubat Paling Mujarab utk Segala Penyakit


Mencari ilham dan membunuh masa dengan membaca buku Jangan Bersedih Jadilah Wanita Paling Bahagia, sementara menunggu giliran utk medical appointment di Hospital Besar Penang. Jadi aku kongsikan satu perenggan ayat yg aku rasa sangat mendalam dan bermakna. Semoga bermanfaat! (post guna phone)



Wednesday, December 5, 2012

Muslimah Patut Tahu


Antara nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat:-







Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.


Wahai puterikubanyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya


Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.


Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.


Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.


Apakah sesudah itu puteriku?






"Wahai Allah, tuhan pencipta sekian alam, yang maha mengetahui segala sesuatu di langit dan bumi. Kami mohon perlindunganMu ya tuhan... Kami mohon peliharalah diri kami, iman kami, kehormatan kami & hati kami. Sungguh ya Allah, tiada daya dan kekuatan kami melainkan dengan kehendak-Mu Ya Allah... Berilah pelindunganMu pada kami semua, ya Allah...".
Aaminn. ya Rabbal al-amin..

Monday, December 3, 2012

as long as I have You


 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5GI0n_DBZnU14816iNGmyevQMzWsOHmpiG47OkpNc30XNrzzjEhAPt7MRN7JzRdTLlBtJQk2m-2jdWjpoDfyzxy1AIRgyt1ASKgjQJJxsLCuseseVFvd4RAb52btEw2WunzTMblVE4DKT/s1600/tumblr_lywmnrXva11r0cjklo1_500.jpg



I have a strong faith in You. As long as I have You, I know I will always be fine.
I thank You, Allah for every blessing I had.
:)

Thursday, November 29, 2012

Hajat Tercapai! Alhamdulillah :)


Assalamualaikum w.b.t.

Sepatutnya post nih tulis malam semalam, tapi kesibukan melanda, lepas submit paper conference tadi, nih baru ade peluang nak menulis. Dari semalam memang excited nak tulis ini dalam my elektronic diary. Yeah, I finally dapat dengar ceramah Dr.Maza a.k.a Ustaz Asri live! Ya Allah, I don't know how to describe my feeling. I felt so happy and so grateful to Allah for giving me a chance seeing him in live, unplugged lagi. huhu.. Gembira and syukur sangat...

Cerita dari awal, pagi semalam bangun tidur tiba2 nampak FB notifition in my phone "you were tagged in...". Kawan aku, Afrah tag aku pada gambar dia. Okeh aku pun dengan mamainyer bukak FB through phone and seeing this, ya Allah, its Dr. Maza live in USM tonight!!! :D.


Terus segar mata, badan, otak aku! Akhirnya, hajat aku bakal tercapai.. Memang sepanjang hari tu moodnya tersangat happy dan baiklah sebab hati sangat teruja nak tunggu malamnya!!. :) 






Actually Dr.Maza nih lecturer USM jugak, tapi jarang ada kat USM. Tapi beliau maklumkan semalam yang lepas nih beliau akan lebih kerap ada di USM. Moga- moga lepas nih banyaklah ceramah yang ada beliau. Aaminn..

Aku pun sebenarnya mula kenal beliau sejak awal tahun nih. Jujur cakap, dulu masa first time tengok video beliau kat youtube, aku terus jatuh cinta dengan ceramah dia. Mana tidaknya, ada sesetengah video memang boleh buat berjurai- jurai gak air mata. hehe.. Sejak tu aku selalu follow ceramah- ceramah dia yg orang post kat youtube. Ceramah- ceramah dia banyak buat aku muhasabah diri. Terima kasih Dr. Maza, moga Allah akan pelihara dan rahmati anda dunia dan akhirat, aaminn.. :)

Malam tu balik bilik asrama dekat pukul 12am malam, tiba- tiba ada orang ketuk pintu bilik. Siapa pulak datang malam2 nih? Tadaa, tengok2 rupanya kawan aku, Fatin datang and surprisingly she bought me a piece of chocolate cheese brownies!! :D Ya Allah, dari siang hari aku dok cerita pada kawan aku Ajaa Shi yang aku teringin nak makan cheese cake, tiba- tiba bila malam ada member aku yg lain surprisingly belikan aku kek.  Rezeki yg tak disangka! Alhamdulillah, melimpah- limpah rezeki hari itu.. Dahlah tengah harinya aku baru dapat cute gift dari Aja Shi yg dia belikan untuk aku dari China. 


. 
 The adorable gift from Aja Shi. :D

Yesterday was such a bless for me. Thank you Allah for everything. especially the part of meeting Dr.Maza. Terima kasih Allah sebab tunaikan hajatku... And today is also such a bless, cuz I finally managed to finish and submit my conference paper. Alhamdulillah.. :)

Tuesday, November 27, 2012

Yang namanya Manusia

Pernah rasa diri ditipu? 
Pernah rasa diri dikhianati? 
Pernah rasa diri diperdaya? 
Pernah rasa diri dipermainkan? 
Pernah rasa diri ditikam dari belakang? 
Pernah rasa maruah diri dipersendakan? 
Pernah rasa dipergunakan untuk kepentingan diri mereka? 

Mesti antara kita pernah merasa dan ditimpa antara musibah seperti di atas kan... Sakit memang sakit. Ya, peritnya hanya Allah yang tahu… 

Mana mungkin kita bisa melupakan semuanya? 
Mana mungkin kita bisa maafkan mereka semudahnya selepas apa yang mereka lakukan pada kita? Mana mungkin.. 

Aku hanya manusia biasa, aku bukan malaikat! 
Aku tak cukup kuat untuk melupakan dan memaafkan semudah itu. tidak! 

Ya, kita hanya manusia biasa. Ya, kita bukan malaikat. Disebabkan kita hanya manusia biasa lah, Allah turunkan kita dugaan ini. Sebagai tanda Dia sayangkan kita. Dia pilih kita lalui dugaan sebegini rupa. Mungkin yang kita rasa hanyalah sebuah keperitan, tapi jika kita berfikir dan bermuhasabah diri dengan penuh hikmah, pasti kita akan sedar, sebenarnya Allah sedang membuka jalan pintu kebaikan kepada kita. Subhanallah, so sweet... Allah sebenarnya ingin bantu kita!

Allah sedang memberi peluang kepada kita untuk membuat kebaikan, iaitu dengan memaafkan... walaupun tiada kata maaf yang diminta daripada mereka, tapi redhalah.. Kita kan hanya manusia biasa, tidak sempurna, dan pastinya kita sendiri pun penuh dengan kekhilafan yang mungkin tidak kita sedari... 


"Maka janganlah engkau mengatakan dirimu suci. Dialah (Allah) yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." (Surah an-Najm [53]:32). 


Maafkanlah orang lain dengan seikhlas hati, niatkan kerana Allah. Moga dengan cara ini, Allah pun akan maafkan segala kesalahan kita. InsyaaAllah.. :)





"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf , serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.". (surah al A'raf [7]; 199) 












lillahi ta'ala...

p/s: tujuan menulis tak lain tak bukan, untuk peringatan diri sendiri ini juga. Untuk mengingatkan diri semula tatkala terlupa.

Monday, November 26, 2012

My New Baby- Ukulele


TaDAaa~~

Dengan excitednya nak tayang my new baby pada semua orang. Inilah kesayangan terbaru sayer, my Pinky Mahalo Ukulele.


Ini BUKAN gambar copy paste kat Google yer, harap maklum. hehe.. Ini real gambar aku snap sendiri, yer itulah UKULELE aku, dan sebelahnya tu my Mr.Kiko Dudu, mereka dok berposing atas tilam asrama aku yang tak berapa nak empuk. huhuu..

Actually, aku dah purchased online Ukulele nih dari bulan September lagi, tapi 4hari lepas baru dapat. Lama kan? Memang 2 bulan jugak baru nak sampai. Nak tahu apsal lambat sangat sampai?
okeh sebenarnya aku beli dekat Groupon.com.my yang masa tu ada sale ukulele nih. Actually aku memang dah lama berangan nak beli ukulele sendiri. Tapi macam tak kesampaian lagi. Then kebetulan satu hari tu aku ternampak ada sales kt groupon, harga ukulele nih OMG teramatlah murah!! Aku pon roger ada sorang member aku, namanya Aja Shi. Aku pon terus sms dia.

moon: Babe, nak tak beli ukulele? warna comel2 and murah giler! tengah promo kat groupon. RM78 satu, kalau beli dua jadi RM68. jomla3x...
aja: wehhh... ape ko mencarut nih?? ape ukulele?
moon: haadoiii... tolong google plsss!!  

denggg... dia tak paham rupanya. ade ke patut dia cakap aku mencarut???  %^&*%$*. hampehh.. huhuuu... Beberapa minit kemudian...

 aja: wehh!!!! aku dah google! aku nak wehh!! aku nak!! hehee.. bila nak bayar nih?!

Dia pun mengalami keterujaan yg melampau seperti aku. hehe.. Apa lagi, esok paginya kteorang pun terus buat order and made payment. Memang agak menguji kesabaran jugaklah nak kena tunggu 2bulan. Tapi aku rasa sangat berbaloi sebab harganya kalau kat kedai dalam RM150, untuk jenis Mahalo Ukulele nih.. yer, aku dah survey kat kedai musik, sebijik warna pink macam aku, harganya 100lebih. Tapi harap maklumlah la kan, ini bukan Ukulele yang betul2 power punya yang harganya RM300-500. Untuk beginner macam aku nih, kenalah belajar dengan yang biasa- biasa punya dulu.



The Pinky is mine, the Yellow one is hers.



Dulu aku ada jugak belajar basic chords untuk gitar, tapi belajar separuh jalan je... Untuk jari yg pendek- pendek macam aku nih memang mencabar betul nak main gitar. Tu yang sangkut separuh jalan. hehe.. Tapi untuk ukulele ni rasanya lebih mudah nak main. Yer, memang terasa lebih mudah. Sebab saiznya kecil, so senang nak pegang. Dan ia hanya ada 4strings, so takdelah susah sangat nak tekan untuk chords. Kalau tak, jari pendek macam aku nih boleh salah urat. hehe..

Dah 4 hari, setakat nih basic Chords C, A, F G tu sume dah hafal and laju lah aku boleh main. Chords B, D, E tuu jari masih tergeliat lagi nak tekan.,, Ohh yer, malam semalam aku dah lulus untuk main lagu Hey, Soul Sister- Train!!! hehe.. Tapi aku main guna basic chords jek, tak guna chords yg susah lagi. boleh usha link ini- Chords for beginner - Hey Soul Sister.

happy giler malam tadi lepas dapat belajar strumming lagu tu dengan cara yg betul. Walaupun tak baper sedap lagi bunyinya, tapi roomate aku kata aderlah jugak bunyi lagu tu.. huhuhu.. -_-". Maklumlah belajar bergurukan Youtube dan website blog jek.. :)


Harapnya lepas nih bolehlah improve lagi skill bermain ukulele nih. (skill lah sangat kan..huhu). Apa- apa pun moga aku tak terlalu leka dengan hobi baru ni sampai terkandas perkara- perkara yg lebih penting. Memang kena bako nanti ukulele nih!!!


p/s: Ingat pesan ustaz Azhar, main musik jangan sampai jadi najis! jangan sampai LAGHA yer moon! InsyaAllah sayer akan ingat tu ustaz!! :)


Thursday, November 22, 2012

#SaveGaza the Right Way





Bukan sekadar kita melaung dan berteriak, tapi lakukan dengan cara yang betul!

Walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan, tapi kita JANGAN BERHENTI untuk TERUS mendoakan kemenangan dan pembebasan rakyat Islam di Palestin, Burma, Syria dan dll.

Teruskan berdoa!


Dan kepada warga Pulau Pinang dan yang berdekatan, mari bersama menjayakan SOLAT HAJAT PERDANA di stadium USM, hari ini 22 November 2012,

MARI BUKTIKAN SOLIDARITI KITA!
ALLAHUAKBAR!




Aku telah Jatuh Cinta .

Assalamualaikum w.b.t..

Simple update tentang hal malam semalam, aku pergi program Mahabbah Rasulullah yg diadakan di DTSP, USM. Niat aku memang satu, moga aku makin kenal Rasulullah, moga aku makin mencintai Baginda, ya aku benar- benar ingin belajar mencintai Rasulullah sepenuh hati. 


Semuanya bermula beberapa bulan dulu, ada seorang kawan aku ni, dia sangat-sangat mencintai Nabi Muhammad.. aku pun cakap yg aku pun sayangkan Rasulullah, tapi dia, perasaan dia lain. Perasaan yg dia rasa benar- benar lain. Bukan hanya dimulut seperti aku. Tapi dia, bercakap cintakan Rasulullah memang benar- benar ikhlas dari hatinya, memang benar- benar jujur. Sampaikan, dia selalu menangis bila mengenangkan Rasulullah. Betapa cinta dan rindunya dia pada Rasulullah. Subhanallah... Sungguh, aku betul- betul cemburu kerana dia mempunyai perasaan yg begitu mendalam. 


Aku sedar yang Iman aku masih terlalu kurang, masih terlalu mentah. Sebab ayat cinta aku kepada Rasulullah, hanya dimulut, aku masih tak dapat rasakan sepenuh hati. Astargfirullahalazim... Malunya aku.. mengaku hamba Allah, mengaku umat nabi Muhammad, tapi cinta masih tidak sepenuh hati.. Sejak itu aku aku selalu berdoa dalam setiap sujud moga Allah bantu aku, jadikan aku hamba mencintai Allah dan Rasulullah melebihi segala apa yang ada didunia dan akhirat. 


Dan Alhamdulillah, semalam Allah hantar aku pergi program Mahabbah Rasulullah, yang disampaikan oleh Imam muda Hassan. Aku tak tahu nak cakap macam mana.. aku tak tahu nak gambarkan macam mana... Sepanjang Imam muda Hassan bercerita tentang Rasulullah, tentang kehidupannya, akhlaknya terhadap orang lain.. Baginda sungguh mempesona.. ya Allah, aku rasa sedih sangat. Sepanjang beliau berceramah, aku rasa sebak, aku tahan air mata yang dah lama bergenang. Hati aku rasa sayu sangat, diri aku rasa malu teramat. 


Aku rasa malu... Malu pada diri sendiri, malu pada Allah. Macam mana diri ini dengan tak malunya sibuk memperkatakan tentang cinta kpd manusia, sedangkan Manusia yg selayaknya kita cintai ialah Rasulullah s.a.w.. Bagaimana hati ini sibuk mempersoalkan tentang cinta manusia, sedangkan sepatutnya sepenuh hati kita perlu mencintai Rasulullah, tapi aku tidak praktikkan.. Ya Allah, ya Rasulullah, maafkan aku yang salah meletakkan cinta dan hatiku... Maafkan aku...

Sedangkan masa Baginda sedang menjelang saat kewafatannya pun, baginda masih menyebut "ummati, ummati".. Betapa baginda amat kasih dan cinta pada kita umatnya, tapi bagaimana dengan kita? Sejauh mana cinta kita pada Rasullullah s.a.w? Ya Rasulullah, maafkan kami... 


Lepas habis program tu, sampai je dalam kereta aku, aku nangis sepuas- puasnya, seorang diri. Untuk pertama kalinya air mata aku jatuh kerana Rasulullah... Aku sedih.. aku malu... Aku malu jika selama ini aku jadi wanita Muslim, tetapi menjadi umat Rasulullah yang memalukan agama. Aku sedih kerana telah mencalarkan nama Rasulullah selama aku menjadi umatnya. Aku sedih sebab selama 23 tahun aku hidup, tapi kini aku baru belajar mencintai Rasulullah. 

Untuk sekian kalinya, aku bertekad, aku berazam bersempena awal Muharram ini, dengan izin Allah, aku ingin lebih mengenali dan belajar mencintai Rasulullah s.a.w sepenuh hati. Aku ingin belajar mencintai dan merindui Rasulullah segenap hati aku dulu sebelum aku belajar mencintai orang lain.. Aku benar- benar berdoa semoga Allah akan bantu menyuburkan rasa cinta aku pada Rasulullah dari hari ke hari.. 
In shaa Allah..

Aku jatuh cinta padamu ya Rasulullah...


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad


p/s: Untuk sahabat semua, marilah kita belajar mencintai Rasulullah sepenuh hati dulu sebelum kita sibuk nak menyintai manusia lain... Semoga Allah tanamkan rasa cinta kita kepadaNya dan Rasulullah sepenuh hati dan iman kita. Aamiinn.. 


Wednesday, November 21, 2012

Avoiding the Haram Relationship


I came across with this beautiful story, with deep meaningful thought about the haram relationship before marriage. Just to be clear that, it is the relationship that is haram, but not the feeling of love. What I mean is that, we cannot hold or stop the feeling of love, since the feeling is from Allah. But one thing for sure, we can hold and stop ourselves from being involve into the haram relationship that may lead us to zina. I repeat, it MAY lead.

However,  Insyallah, with the help from Allah, may Allah always guide our steps not to go astray, Aamiin.. 


-------------------------------------------------------
source: http://www.facebook.com/AllahIAlwaysNeedYou

AN AMAZING STORY - LEAVE FORBIDDEN LOVE TODAY!

She decided to leave her boyfriend…
He asked her, not believing her decision: ”Are you leaving me? Are you going to walk away from me?”

Misbaah was in college and was having a whirlwind time,
bunking lectures and enjoying in the canteen and campus. She was so intelligent that she didn't need to dig in books for marks was the other advantage.

Dressed in jeans and shirt mostly her slim body with good facial features had attracted many boys too. Every boy wished to know her or be linked. Though she was very extrovert, she would be straightforward with boys, but slowly fell for Ahmed.

One teacher named Payal was their theory teacher whom she loved. She was a jovial and friendly teacher. But suddenly she was found very reserved and to herself. She would have mood swings and at times would be seen crying bitterly.

Misbaah approached her teacher after school and asked her the reason. Misbaah told her that she didnt want to interfere in her private life but she said that she came because the entire class seems there is something amiss with the teacher.

Payal wiped another big tear from her eyes and she whispered in Misbaah's ear "I have reverted to Islam, I am only telling you because you are a muslim" Misbaah said what's the big fuss? What makes u cry even i am a muslim i never cry"

Payal mam showed Misbaah what her parents had also never discussed with her. She showed her the Quran with translation and some verses she had marked ‘It is He who accepts repentance from His servants, and pardons bad deeds, and knows all that you do. And He answers those who have faith and do righteous deeds, and gives them- out of His bounty- far more.’ (al-Shura 42: 25-6)

But those who disbelieve say, “The Hour (i.e. the Day of Judgment) will not come to us.” Say, “Yes, by my Lord, it will surely come to you. [Allah is] the Knower of the unseen.” Not absent from Him is an atom’s weight within the heavens or within the earth or [what is] smaller than that or greater, except that it is in a clear register - That He may reward those who believe and do righteous deeds. Those will have forgiveness and noble provision. But those who strive against Our verses [seeking] to cause failure (i.e. to undermine their credibility) - for them will be a painful punishment of foul nature. (Quran, 34:3-5)

Misbaah drove home that day without talking to Ahmed. She herself was in deep thought. She thought "I just know I am a muslim but do not know where I belong. My name sounds muslim, just that inside I was empty."  SHE FELT LIKE I BECAME A NEW MUSLIM THAT DAY. First time in her life she faced the Kaaba and prayed that day. It was simply awesome she loved the time she spent with my creator.

Everyday she saw Miss Payal praying in the prayer room which she had never entered in years of her college life. She would cry and seek forgiveness and then again read Quran. Misbaah would accompany her teacher in her solitude.

Misbaah became aware of the purpose of life. "And I did not create the Jinn and mankind except to worship Me" (Quran, 51:56-58)

Very simple! The purpose for man’s creation is to worship the Creator. The essence of Allah’s message through all of the prophets also was:"Oh mankind, worship Allah, you have no deity other than Him". (Quran, 7:59,65,73,85)

An Nisa 56"Those who rejected Our revelations will soon be thrown into the fire. No sooner will their skins be burnt out then We shall replace their skins, so they may taste the real torment, Allah is All-Mighty, Wise."

An-Nisa 78:"No matter where you may be, death is going to reach you, even if you are in fortified towers..."

These aayats developed fear in her and made her tremble. But she was now close to her Lord. She understood that the world and its people are just a fantasy. She understood the real world.


However, Ahmed thought was "she is drifting away from me let me confront her and know all".

She had decided to leave her boyfriend.
He asked her, not believing her decision: ”Are you leaving me? Are you going to walk away from me?”
She answered: ”I am leaving disobedience of Allah and walking away from it”
He said:”you are going to miss me”
She said:”I am missing Hasanaat (good deeds) more than you”
“you will regret it one day” he said.

She replied: “I will regret our relationship on Judgment Day”
“Don’t you love me anymore?” he asked her.
“I did", she said, "but now the love of Allah filled my heart that I can’t find any place for your Haraam love in it”
Then she added:”and if you love Allah more than me, then just turn and walk away.” (♥)




-----------------------------------------------------



May Allah always protect us, develop a strong heart for us that filled with strong Iman to Allah. "Ya Allah, guide our steps to the right path, and don't let us go astray."

Thursday, November 15, 2012

I am no Good .


yeah I know I'm no good.
I am just a human that full of sins.
If you think I'm trying to be good, guess you were wrong.
I'd never trying to be good. and I'm not even trying to act good.

But one thing for sure,
I am trying to be a better person than I used to be.
I am trying to be a better daughter for my parents.
I am trying to be a better friend for my darlings (friends, family, relatives, people )
and the most of all, a better servant to Allah The Almighty...

cuz I know death will soon come over me,
thus with my whole heart
I'm seeking for Allah's forgiveness, for all my sins that I've committed in my entire life.
I'm wishing to live a blessed dunya life,
and I pray that God will bless me with a good ending of Khusnul Khotimah,
and of course, I pray for a good akhirat life.
Insyallah.

Although I know I don't deserve that,
but still, that's my wishes as a Muslim, and I'm yearning for it.
Again, Insyallah.
Aamiinn.

Sincerely Allah's servant,
Munira.


Tuesday, November 13, 2012

day 4: Forever Alone ker?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni kiranya hari ke-4 aku tinggal berseorangan di bilik. Operasi memerap diri di bilik selama 4 hari diiktiraf berjaya! huhuu... 

Entah apa yang nak dikira berjayanya pun aku pun tak tahulah kan.. -__-

Roomate aku balik kampung dari hari jumaat lagi lepas. Maklumlah minggu ni sepatutnya minggu cuti sem di USM. Tapi disebabkan aku ni belajar sambil bekerja sebagai R.A (research assistant) utk supervisor aku, so aku takdelah nak cuti2 sem ni yer.. Kena cuti rasmi, barulah boleh balik kampung.

Apa- apa pun aku sangat bersyukur pd Allah sebab bagi aku peluang bekerja sambil belajar.  Bekerja yang tak rase mcm bekerja, cuz  byk free time, time sangat flexible, takde kena follow office hour ke ape, aku just kena study and siapkan thesis aku jer! tapi gaji masuk bulan2, isn't life is so great! :) yup, so much to say, Thanks so much Allah.. and thanks to my supervisor for the opportunity.

So lepas roomate aku balik kg, then kawan baik aku yg selalu lepak ngan aku lak dia kena pergi China for a conference, seminggu lak tu. Tu yang kesepian 4 hari ni. huhu.. actually takdelah sepi mana pun sebenarnya. Sebab aku rasa walaupun 4hari dok sorang2, aku rasa jadual aku sungguh padat sekali (huhh padatlah sangat)..

Hari sabtu aritu teman member pergi wedding bff dia, seyes memang wat muka tebal jelah cuz pergi wedding  orang yg tak dikenali, tapi kawan aku dah mintak izik dari owner majlis utk bawak aku ke majlis, so tak haram lah kan. hehe.. then blk ptg, sambung berehat sorang2 dibilik.

Then hari ahad ada member lain lak ajak keluar pergi queensbay. Aku dengan merendah diri cakap, "alamak.. sorry ea.. aku tak dapat keluar, aku kena siapkan kerjalah hari ni.. sorry,". Memang setiap hari cita- cita yg aku pasang memang elok.. tapi tup2, tengok2 jam dah pukul 12 malam dah, tapi aku tak buat kerja apa lagi. Sedar tak sedar, dah 3 movie aku habis layan kat youtube.. (memang takleh pakai ko ni moon..)

Bila hari isnin pulak, sepatutnya aku pergi office lah kan, officemate pun dah tanya, tak datang office ker? Entah kenapa still rasa malas untuk keluar dari bilik nih. Aku beritahu dorang yang hari ni aku tak masuk office, nak buat kerja kat bilik jer.. tengok2 masa berlalu sampai petang, dan bila malam aku keluar makan dengan member, balik dah malam sampai bilik pengsan membuta..

Dan hari ni SELASA, yeah its deepavali! its holiday! :) semua orang rasanya ada plan masing2 untuk keluar dengan family, kawan2 or dating ke kan.. Tapi akuu.. erkkk berseorangan kat bilik lagi. -_-"  ada lagi sorang  kawan pagi2 lagi dah sms ajak lepak rumah sewa dia, lepak2 tengok tv. This time pun aku terpaksa tolak, aku  minta maap cakap tak boleh dtg, sebab aku cakap aku nak siapkan kerja. Memang setiap hari niat aku memang mulialah kan.. Then tengah hari pulak, lagi sorang member sms ajak kua lunch same dengan kawan dia. And again. aku tolak jugak, sebab aku kata nak buat kerja...

Am I choosing to be FOREVER ALONE is it???.... Hmmmm... bukannya aku nih anti- sosial ker ape. I know when I want to socialize and when I want to be alone. "Alone".. perkataan tu sememangnya memang dah sangat sinonim dengan diri aku. So I don't feel anything about it.. If dulu, bila aku rasa lonely or those shit feelings, aku selalu harapkan ada orang utk temankan aku. Aku selalu nak expect orang itu untuk ada temankan aku. Memang bodoh sangat? Why am I supposed untuk bergantung pada orang? that was my biggest mistake... Tapi Insyallah aku dah tak nak ulang balik kesilapan yang sama.. 

Betul kata orang, kalau kita hanya bergantung pada Allah, kita akan rasa yang Allah itu sentiasa dekat, dan kita takkan rasa sunyi or rasa berseorangan. Yup, that how I feel now, (Alhamdulillah..)... Walaupun 4hari dah terperap sorang2 dalam bilik, tapi aku tak sedar masa berlalu dan aku tak rasa perasaan sunyi tu (okeh tipu. ade la rase sikit kan. hehe..) 

Rutin 4 hari ni, bangun tidur, solat, pastu tidur balik jap, mandi, pastu dah masuk zohor, solat, pastu turun tapau makanan dari cafe, balik bilik makan, layan internet pompang2 sana sini, wat kerja sikit2, pastu masuk solat asar lak, pastu sambung ngadap laptop lagi, bila badan letih gi baring kat katil jap or take nap (dem.. mmg tak elok tidur lepas asar).. bangun mandi, then masuk solat maghrib, mengaji sambil terus tunggu isyak terus. Lepas isyak siap2 untuk pergi cari dinner plak. Balik bilik sambung ngadap laptop, then pukul 2,3 macam tu tidur. Then esoknya ulang balik benda yg sama. Macam tu kira forever alone ker? 

hhhhmmmm.. but I really don't feel alone, cuz I know Allah is forever with me through all the times..



p/s: ...ini bila mood untuk bersendiri datanglah kan.. if not I'm still an out- going person. :)

Monday, November 12, 2012

Loving Yourself


Loving yourself  doesn't mean you do not care for others.
It means you are at a level where you find everything beautiful, lovable;
where you see only positive side of the scenario;
where you see only the best in others.

If they are full of negative energy you don’t look at that but know the reason behind that;
when you don’t leave them at their position but give them energy to return back;
tell them you are best;
you are not the one behaving right now.

And, it will give you the peace deepest to your soul.
This is the way you will love not only yourself but whole world.
And, it will return to you back too.



------------------------------------



my ohh my, i've found this beautiful saying from facebook:The Best Status Messages
Yes, its wisdom of the day. Loving it much. :)


Sunday, November 11, 2012

Hikmat disebalik Dukacita .


“Antara perkara yang Allah boleh campakkan ke dalam diri insan, yang insan itu kadang- kala tak boleh buat apa, bahkan memang tak boleh buat apa. Iaitu satu jenis perkara dipanggil al-hazan, dukacita.” 


“Allah boleh mencampakkan dukacita ke dalam diri insan, tanpa mengira siapa insan itu.” 

“Bila sedih datang, manusia mula runsing. Mula mencari jalan bagaimana nak keluar daripada sedih, bgaimana nak keluar dari dukacita dalam kehidupan. Ramai orang yang menemui Allah, dan mencari Allah ketika dia sedih. Dan tak ramai orang mencari Allah ketika dia gembira. Walaupun kita tak disuruh mencari sedih, tapi sedih Berjaya membawa orang berjumpa Allah.” 

"Walaupun kita disuruh menyebut 'ya Allah aku memohon perlindunganmu daripada dukacita terhadap perkara yang nak (akan) datang, dan dukacita perkara yang telah menimpa kita' .Tapi dukacita sebenarnya selalu berjaya membawa manusia berjumpa dengan Allah."

"Ramai orang yang tak kaki masjid, datang ke masjid kerana ada peristiwa yang mendukacitakan dia. Ramai orang sombong, tunduk dan tawaduk kepada Allah kerana peristiwa yang mendukacitakan dia. Jika tak kerana Allah campakkan dukacita itu, mungkin dia mati sebagai ahli neraka. Tapi Allah dengan kesantunannya, kelunakkannya, dia bawa hamba daripada peristiwa ke peristiwa,kejadian demi kejadian sehingga apabila insan itu dirahmati, dia dapati sehingga hari ini dia menyebut “Ya Allah, kesianlah padaku..”

"dan Allah akan sentiasa mengenakan kepada insan dari masa ke semasa, dukacita antara kecil dan besar,  supaya dia sentiasa kembali kepada Allah. Dan bila die balik ke akhirat kelak dia akan mengucapkan “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripada kami segala dukacita”. 


"Bila insan berduka cita, maka insan akan mula bertanya, “dia nak buat apa?” Yang pertama bila dia dukacita, dia kena beramal dengan amal yang soleh".

hakikat manusia.. Imannya turun dan naik..

"Kita apabila kita solat, keadaan kita tak sama. Ada hari bila kita solat, kita rasa dekat dengan Allah. Ada hari bila kita solat kita pun tak ingat kita baca apa.. Ada hari kita baca Al-Quran, kita rasa dekat sangat dengan Allah, ada hari tidak.. Ada hari kita bangun tengah malam dan kita rasa kusyuk sangat, ada hari sampai tengah malam sunyi pun fikiran kita masih menerawang.."

"Untuk membolehkan insan dekat dengan Allah, ia memerlukan hati yang dekat dengan Allah. Jiwa, hati nurani yang dekat dengan Allah. Tak banyak (perkara) yang dapat membawa insan kepada Allah, tapi kesedihan mampu membawanya (membawak kita kepada Allah)."

"Bila dia (manusia) sedih, dia kusyuk. Bila dia nak keluar daripada kesedihan itu, kesedihan dunia, dia perlu bersedih kepada akhirat. Ada juga orang sedih kerana kehilangan, kerana benda- benda yang sepatutnya, benda- benda dunia sahaja. Tapi Allah berkata 'siapa yang beramal dengan amalan soleh, samada lelaki ataupun perempuan, dalam keadaan dia adalah mukmin, Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik'..."

"Ramai orang suka mengandaikan kehidupan yang baik itu apabila kita ada kemewahan yang hebat, Allah mencampakkan kebahagian ke dalam hati para Anbia; kadang- kala mereka tidak memiliki apa- apa di dunia. Allah mencampakkan kebahagian ke dalam dalam hati para sahabat nabi Muhammad s.a.w, (walhal) mereka terlihat tidak memiliki apa- apa, tapi (sebenarnya) merekalah yang menggengam sakinah, dan mereka menggengam kebahagian..."

---------------------------

Kata- kata ini aku ambil daripada video ceramah Dr. Asri Zainal Abidin a.k.a Dr.Maza. Ini antara ceramah peberet. Suka ceramah- ceramah Dr. Asri ini sebab gaya bahasanya lembut tapi mampu menusuk hati. Sampai sekarang belum berkesempatan dapat jumpa Dr. Asri lagi, mudah- mudahan satu hari nanti Allah bagi aku peluang untuk pergi ceramah live beliau.. Insyallah, Aamin..










Maka, masihkah kita ragu dengan hikmah disebalik kesedihan itu? 
Bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk melalui kesedihan itu...
Bersyukurlah kerana Dia masih  sayangkan kita, dan masih inginkan kita untuk kembali dekat padaNya...




Saturday, November 10, 2012

Alhamdulillah .

Alhamdulillah...
Masih lagi bernafas..

Alhamdulillah...
Mata ini masih diberi peluang untuk melihat.

Alhamdulillah...
Telinga ini masih diberi peluang untuk mendengar.

Alhamdulillah...
Mulut ini masih lagi diberi peluang untuk berbicara.

Alhamdulillah...
Hati ini masih lagi berperasaan.

Alhamdulillah...
Tubuh badan ini masih lagi mampu menunaikan solat.

Alhamdulillah...
kerana Allah masih lagi beri kesempatan untuk hidup sebagai Muslim.

Alhamdulillah...
untuk segala rahmatMu ya Allah...


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati, supaya kamu bersyukur "
(An-Nahl [16]: 78).

"Dan diberinya kamu rezeki yang baik-baik agar kamu bersyukur"
(Al-Anfal [8]: 26).

"Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban"
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "
(Ar-Rahman : 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77).









Thursday, November 8, 2012

kuku tak cantik, me ANEMIA?

Assalamualaikum w.b.t.

Daripada minggu lepas aku perasan yang ada perubahan pada semua kuku tangan aku nih.. Mula-mula konon macam malu gaknak ngaku yang kuku nampak tak cantik, sebab permukaan kuku jadi tak rata dan tak licin. Seolah- olah macam kuku tu pernah terhiris2 or tergesel2 yg sampai menyebabkan kuku jadi tak rata. Memang sangat tak cantiklah bila tengok kuku sendiri macam tu! Aku siap buat manicure sendiri kot, tapi kecewa... tak berhasil.. 

Lepas tu aku pun mulalah operasi meng-google punca-punca yang menyebabkan permukaan kuku tidak rata. "permukaan kuku tidak sekata", hambekkk... then yang results nya memang agak scary- merry la bila baca!


info 1:  Permukaan kuku yang berkerut atau tidak rata ini dapat menjadi pertanda awal dari Psoriasis (sejenis penyakit kulit yang penderitanya mengalami proses pergantian (kulit) yang terlalu cepat) atau radang sendi (Arthritis).

info 2: Kuku Dengan Permukaan Tidak Rata. Jika permukaan kuku bergelombang atau berlubang-lubang, maka keadaan ini mungkin merupakan tanda awal dari psoriasis atau arthritis inflamasi. Keadaan ini sering disertai perubahan warna kuku, kulit di bawah kuku dapat terlihat coklat-kemerahan. Psoriasis merupakan penyakit kulit yang sekitar 10% nya juga bermanifestasi di kuku.

info 3:  Ada di antara anda yang mempunyai kuku tidak rata atau berbonggol secara semulajadi dari lahir. Namun jika kuku anda tiba-tiba mengalaminya, ini berkemungkinan anda mengalami anemia. Perubatan Cina pula berpendapat ia adalah akibat kekurang kalsium dalam diet harian.

Apa tu Psoriasis? apa tu Arthritis? Anemia lak ker? erkkk... makin baca, makin buat suspenn dupdap- dupdap yuuuu... Aku terus decide nak pergi klinik jumpa doktor. At first macam seganlah jugak nak pergi klinik semata- mata untuk tanya pasal kuku. seolah- olah macam, " doktor, doktor... tengok kuku i nih,, permukaan kuku i tak rata lah.. nape yer dr..." macam mengada- ngada sangatlah pulak kan. huhuu.. Tapi kebetulan hari ni aku selsema dari pagi, dengan mata dan hidung gatal2, so ade lah reason lain untuk jumpa doktor. kekekeke....

So aku pun terus siap- siap pergi klinik panel USM kat kawasan Ivory, Bukit Gambir. Bila berjumpa doktor, aku pun cakaplah aku selsema alergik, gatal-gatal mata dan hidung.. lepas tu aku pun tanya pasal perubahan kuku aku yang permukaanya jadi tak rata , doktor pun checklah kuku aku, then doktor cakap "awak nih kurang iron nih..".. 
lepas tu dia minta aku tanggalkan cermin mata nerd aku tu, then doktor check bawah kelopak mata. "ehh, awak nih kurang darah nih.. bukan sikit lagi nih, banyak kurang nih.." 
dia pon check tapak tangan aku, dan cakap "pucat.."
Macam biasa lepas tu doktor check pernafasan guna stetoskop, check anak tekak, nadi etc. then dia sambung lagi "ya, awak memang kurang iron dan kurang darah sekarang nih... tengah heavy period ker?"   aku jawab    "erkk.. tak."
doktor cakap lagi, "takper. nanti saya bagi vitamin dan ubat tambah darah.. banyak- banyakkan buah- buahan dan sayur- sayuran ok? ".

Baik doktor, Insyallah... actually lepas jumpa doktor tu, aku still macam blurr.. apa kaitan kurang zat besi dengan kurang darah (anemia). Bila sampai jer bilik asrama aku, aku pun terus cari maklumat pasal Anemia.  Ohh lepas tu baru aku paham.. kekurangan sel darah merah berlaku disebabkan tidak mendapat zat besi secukupnya. 

Kalau tak silap aku, rasanya ini dah kali kedua doktor cakap aku nih kurang darah.. hmmm... sebenarnya aku rasa macam mustahil jugaklah, badan berisi macam aku pun kurang darah, macam aneh pulak raserr.. lain lah aku nih kurus kering. huhuhu.. tapi sekarang baru aku paham, kurus ker gemuk ker, belum tentu sihat. Yang menentukan sihat ke tak adalah pemakanan dan pengambilan nutrien oleh badan kita. 

Alhamdulillah, nasib baik aku cepat pergi klinik disebabkan kuku. huhu.. bak kata pepatah "malu bertanya, sesat jalan", aku tambah sikit, "malu bertanya, merana badan". :P  apa-apa pun lepas nih aku perlu lebih menjaga pemakanan dan kesihatan. Badan ini pinjaman dan anugerah dari Allah... Amanah yang Allah beri ni perlu dijaga sebaik mungkin.. Insyallah, aku akan jaga amanah ini.. Jadi jagalah pemakanan sebaik mungkin ya. Pastikan badan mendapat nutrien secukupnya.. ecehhh, aku bagi nasihat macam dietetik plak...
tapi  betullah pepatah English ada cakap "you are what you eat". 

Dibawah ini aku kongsikan artikel mengenai ANEMIA, simptom- simptomnya, kesan, dan cara mengatasi. 

p/s: doktor cakap kuku aku akan kembali normal jugak nanti! yuuhuuu~~ legaa.. :D
----------------------------------

ANEMIA atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan. 

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang:-
 -mudah pitam
-lesu, 
-kurang cerdas dan cergas, 
-mudah letih serta mengantuk
-manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran, (okeh yang ini memang aku akui ada berlaku pada aku.. aku pernah cakap pada member aku yg aku rasa aku jadi susah nak fokus bila membaca... hmmm... baru kini baru kutahu kenapa. huhuu.. tak bley blahh bila member aku kata, "entah2 kena buatan org".. haahhaa.. erkk.. Insyallah, takde sapelah berminat nak buat2 kat aku nih..)

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi. 


Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi. 

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum. 

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan. 
(hmmmm... nak diet tu biar bertempat yer Munira... Kesihatan yg perlu diutamakan, bukan kurus! terima diri tu seadaanya...)

SIMPTOM- SIMPTOM.

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda-tanda seperti:-
- pucat terutama di bibir dan kelopak mata, 
- sering lesu dan mengantuk,
-mudah berdebar-debar, 
- bentuk kuku berubah, 
-rambut mudah gugur atau putus
-kerap pening atau pitam. 
(tanda-tanda diatas memang apa yg aku alami).


(okeh yang bawah ini untuk wanita yang sedang hamil... hmmm aku boleh ignore dulu yang bawah nih  la yerr, sebab rasanya aku belum merancang kehamilan lagi, apalagi untuk kahwin.)

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya. 

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan. 


PENCEGAHAN 

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi. 

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin. 

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari. 

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkola, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi. 

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam. 

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

Tuesday, November 6, 2012

sabar. sabar. dan sabar !!!



Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
 (Al-Baqarah 2:153) 


Dan SABAR itu terbahagi kepada 3 jenis:- (sumber)

1) Sabar di dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dan meninggalkan dosa-dosa, sekalipun bercanggahan dengan hawa nafsu sendiri.

2) Sabar di dalam ketaatan dan taqarrub, walaupun terasa berat oleh jiwa dan tubuh badan.
Sabar dari jenis yang kedua ini adalah sabar yang lebih utama, yang membawa pahala yang lebih besar, dan inilah tujuan yang dimaksudkan oleh ayat ini.

3)Sabar di dalam mengharungi segala macam musibah dan cubaan. 
  Sabar yang sebegini hukumnya adalah wajib, sebagaimana memohon ampun dari perbuatan-perbuatan yang aib.


Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ 
(Surah Al-Anfaal ; 46)


Bersabarlah wahai diriku, tika diri terasa lemah dan bersedih hati. 
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu yang ditakdirkan. 
Dan sesungguhnya kehidupan dunia hanya sementara, 
dan dunia hanya tempat untuk ditimpa UJIAN. 
ya, dunia dan segala isinya hanyalah sebuah ujian.

Sentiasa ingat, Allah sedang menguji sejauh mana kau mampu bersabar...
dan sejauh mana kau mampu redha.
dan sejauh mana kau benar-benar ikhlas dalam memohon keampunan terhadapNya.
so jangan fail-kan dirimu dengan Ujian dunia ini yer!
jadi, sabar dan :)

Monday, November 5, 2012

That Thing I Do .


The thing that I usually do before I fall asleep, is checking out on my facebook and instagram. Then I will screenshot those beautiful words and advises.

That because I know I'm a just a human being, thus I do need wisdom to get inspired and to keep me strong..

Here I'm sharing one of the best snapshot of wisdom for tonight. 




Barakallah.

Saturday, November 3, 2012

This is Dunya


This is dunya. Dunya. Not a place of ease. Only glitter.
The place where you have to feel cold and hungry.
The place where you have to worry and feel scared.
The place where it gets cold.
So cold, sometimes.
The place where you have to leave the people you love.
Where you can’t get attached, because even if you do, it doesn’t make it stay, it just makes it hurt when it doesn’t.
The place where happiness and sadness are only players, waiting for their next line in a play…












This is my favourite lines from "I Prayed for Peace Today" by Yasmin Mogahed.


Petua Senang Hati

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat  Hari Sabtu!! Ohh yeayy it's weekend! lovin' it! http://www.emocutez.com

sempena hari minggu nih, macam2 planning telah dirancang! antaranya...
.
.
.

hhhhmmmm..
.
.
.

antaranya....
.
.
.
hhhhhhhrrrrrmmmmmmmmm....
.
.
.
okeh, sabtu ahad ni macam biasa, stay bilik siapkan write-up utk conference paper pulak.
(padan muka ko, sape suruh tak siapkan kerja masa weekdays!! tuhan dah bagi cukup masa, sape suruh tak guna elok2!! tulahh berangan jek lebih.. lempang muka laju2 kang.. okeh dah marah diri sendiri..sy insaf untuk minggu ni..)



 http://www.emocutez.com


http://www.emocutez.com



okeh takper moon, jangan risau.. jangan susah hati! berusaha and be happy! jia you! 
mehhh baca petua senang hati ini...





Thus, the vital key of happiness in life is, to always remember Allah in everything we do. Insyallah... let's try our best! fighting!~~~

happy weekend to you all guys!! :D











Thursday, November 1, 2012

Bernilaikah Air Matamu?

Assalammualaikum w.b.t..
Artikel di bawah ini aku edit dari dua sumber ini sumber 1 dan sumber 2. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua, Insyallah.. Aamiinn..


----------------------------------------





Kita biasa menangis kerana kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi seperti kematian ahli keluarga atau kehilangan harta benda. Ada orang menangis kerana putus cinta, kerana menanggung kesakitan dan ada juga menangis bila menonton drama atau filem yang menyayat hati.

Sekiranya anda mudah menangis, Alhamdulillah itu menandakan anda mempunyai hati yang lunak dan lembut. Cuma perlu diubah menangis untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk kehidupan akhirat kita iaitu menangis kerana takutkan Allah. Kita sepatutnya menangis bila mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dosa-dosa ini yang akan menghumbankan kita ke neraka sekiranya tidak diampunkan oleh Allah SWT.


Ambillah masa yang sesuai untuk diri bertafakkur dan bermuhasabah terhadap dosa-dosa lampau. Ikutilah dengan taubat, menyesal dan berazam tidak mengulanginya. Menangislah untuk perkara seperti ini kerana janji Rasulullah saw: 



عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]


Maksud tidak akan disentuh oleh api neraka ialah tidak akan dimasukkan ke dalam neraka. Sungguh besar ganjaran yang dijanjikan kepada golongan yang sentiasa bermuhasabah diri di dunia sehingga mengalir air matanya kerana takutkan pembalasan Allah di akhirat. 


Nabi saw bersabda, “Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah sampai susu [yang telah diperah] dapat masuk kembali ke tempat keluarnya.” (ImamTirmidzi ). 


Rasulullah saw juga bersabda bahawa salah satu golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya di akhirat ialah seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).” (Imam al-Bukhari dan Muslim). 


Suatu malam al-Hasan al-Bashri rahimahullah terbangun dari tidurnya lalu menangis sampai-sampai tangisannya membuat segenap penghuni rumah terkejut dan terbangun. Maka mereka pun bertanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, “Aku teringat akan satu dosaku, maka aku pun menangis.” 

Kalau al-Hasan al-Bashri saja menangis sedemikian keras kerana satu dosa yang diperbuatnya, lalu bagaimanakah lagi dengan orang yang mengingati jumlah dosanya tidak dapat lagi dihitung dengan jari tangan dan jari kaki? Laa haula wa laa quwwata illa billah! Alangkah jauhnya akhlak kita dibandingkan dengan akhlak para salafush shalih? 


Bagaimana dengan diri kita? Tidakkah dosa kita membuat kita menangis dan bertaubat kepada Rabb Yang Maha Pengampun atau kita sentiasa leka, ketawa dan alpa dibuai kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya?. 


Semoga Allah membimbing dan memberi kekuatan kepada kita agar sentiasa menjadi hambaNya yang bermuhasabah diri, menangis dan sentiasa bertaubat terhadap dosa yang dilakukan.








Wednesday, October 31, 2012

Hajat Hati



Ya Tuhan,

sebelum Kau ambil nyawa kami,

izinkanlah kami untuk melihat Kaabah-Mu terlebih dahulu...

meski kami sedar, diri penuh noda ini tak layak untuk menjejakkan kaki ke tempat suci- Mu..

namun ,kami akan terus berdoa moga Kau makbulkan hajat kami...

Ampunkanlah kami, dan izinkanlah kami ke sana, Ya Rabbal Alamin...

Ampunkanlah, dan izinkanlah....